web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Unity Walk, Pertunjukkan Bunga Api Terbesar di i-City Sempena Tahun Baharu Cina

Kedua-dua acara ini disusun sebagai satu simbolik menzahirkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:19AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Festival Perpaduan Etnik di i-City pada 17 dan 18 Februari 2024 ini sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan tiba pada hujung minggu ini.

Festival Perpaduan Etnik yang dirancang ini bertujuan untuk memupuk perpaduan etnik di Malaysia sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.

Dua acara utama yang dijangka mampu menarik perhatian pengunjung untuk mengunjungi festival ini ialah pertunjukan bunga api yang hebat pada jam 8 malam, 17 Februari ini, dan Unity Walk pada 18 Februari, jam 7 pagi.

Kedua-dua acara ini disusun sebagai satu simbolik menzahirkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Ia juga bertujuaan untuk menyatukan rakyat, memecahkan halangan dan mengukuhkan idea bahawa perpaduan adalah penting untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

Menurut Pengarah i-City, Monica Ong, selain dua acara utama ini, festival yang diadakan pada skala besar ini juga akan menampilkan aktiviti seperti demonstrasi pertahanan diri, pertunjukan fesyen, panggung rakyat, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

"Festival Perpaduan Etnik adalah sebahagian daripada sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan di i-City untuk tempoh sebulan.

“Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan menikmati suasana meriah perayaan ini dan pada masa yang sama boleh menjelajahi permainan dan tarikan terbaharu seperti Digital Sports Arena, Immersive Winterland, dan Race Karting.

"Antara acara menarik yang menanti adalah persembahan Tarian Singa Akrobatik dan Tarian Naga pada 11 dan 24 Februari 2024. Selain itu, God of Prosperity juga akan mengedarkan buah limau kepada pengunjung,” katanya.

Monica berkata, pengunjung juga boleh merebut peluang untuk melawati Red Carpet 2 Wax Museum secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, anda boleh layari https://www.osod.i-city.my/. – Getaran, 8 Februari 2024

Foto : i-City

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN