web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TOK 2.0 Pamer Istiadat Berkhatan Kesultanan Kelantan

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 8:46AM

Pengarah TOK 2.0 Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan (kanan) ketika melawat pameran. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Dalam usaha mengekalkan khazanah warisan, Program Temasya Orang Kampung (TOK) 2.0 mengambil pendekatan mengimbau kembali kegemilangan adat warisan seni budaya masyarakat dalam adat berkhatan Kesultanan Melayu Kelantan.

Pengarah TOK 2.0 Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan berkata istiadat yang mengandungi pelbagai elemen eksklusif itu kali terakhir diadakan pada 1933.

"Program TOK kali pertama diadakan tahun lepas, mengangkat permainan tradisional dan beberapa warisan budaya masyarakat tempatan, mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Bagi tahun ini aktivis TOK sepakat mengetengahkan istiadat berkhatan Kesultanan Melayu Kelantan sebagai satu kenangan yang membawa kita kembali menyelami pengalaman yang tidak pernah kita lalui sebelum ini," katanya.

Peralatan yang pernah digunakan untuk majlis berkhatan secara tradisional. - gambar BERNAMA
Peralatan yang pernah digunakan untuk majlis berkhatan secara tradisional. - gambar BERNAMA

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program TOK 2.0 Istiadat Berkhatan di Telong, di sini semalam, yang dirasmikan Timbalan Ketua Jajahan Bachok Nik Ahmad Shazzwan Nek Mumhammad.

Katanya 60 kanak kanak dipilih menyertai istiadat berkhatan secara penuh adat dan tradisi, diarak bersama iringan muzik tradisional termasuk tetuang tanduk kerbau, serunai, gong selain sireh junjung dan pulut kuning.

Ahmad Tarmizi berkata dalam dunia Melayu istiadat sebegini sebenarnya bertujuan meraikan dan menghiburkan kanak-kanak agar dapat mengurangkan perasaan gementar sebelum mereka menjalani upacara berkhatan.

Beliau berkata istiadat lain yang turut dipamerkan termasuk replika burung petala dan persiraman tujuh jenis air yang terdiri daripada air kelapa, teresak, panca logam, beluru, bunga rampai, air tawar dan air penawar selain tujuh jenis alas kain khatan.

Dalam pada itu katanya, TOK 2.0 juga turut mengetengahkan pameran seni warisan Melayu, di samping jualan karya seni dan produk warisan selain pameran gastronomi makanan musim tengkujuh masyarakat Melayu Kelantan. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN