web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seni Sulaman Tangan Semakin Diminati Anak Muda – KEMAS

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 4:14PM

Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Jahitan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kuala Lumpur Sharifah Raudhah Sy Dahalan menunjukkan dua hasil kerja sulaman mudah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seni sulaman tangan yang dahulunya janggal bagi anak-anak muda kini semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan itu, berikutan nilai jualan produk yang dihasilkan boleh mencecah ribuan Ringgit.

Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran Jahitan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kuala Lumpur Sharifah Raudhah Sy Dahalan berkata peralihan minat itu, boleh dilihat daripada penyertaan golongan muda di dalam kelas seni tangan anjuran jabatan itu, yang meningkat setiap tahun.

Kalau dulu, seni sulaman ini didominasi oleh generasi lama, tetapi sekarang ramai anak muda sudah meminatinya malah produk yang dihasilkan dari seni sulaman ini juga lebih kreatif.

“Ia tidak lagi berkisar kepada seni sulaman untuk sarung bantal, cadar tilam dan alas meja sahaja, malah menjangkaui produk seperti beg tangan, sapu tangan dan kotak mas perkahwinan,” katanya ketika ditemui Bernama di reruai Kementerian Desa dan Wilayah, pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini hari ini.

Tenaga Pengajar Pemaju Masyarakat Kemahiran Jahitan dari Kemas Wilayah Persekutuan Sharifah Raudhah Sy Dahalan (kiri) memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba teknik sulaman tangan di reruai Kementerian Desa dan Wilayah sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – gambar BERNAMA
Tenaga Pengajar Pemaju Masyarakat Kemahiran Jahitan dari Kemas Wilayah Persekutuan Sharifah Raudhah Sy Dahalan (kiri) memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba teknik sulaman tangan di reruai Kementerian Desa dan Wilayah sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. – gambar BERNAMA

Sharifah Raudhah berkata ketelitian yang tinggi dalam menghasilkan produk seni sulaman, menyebabkan sesiapa sahaja yang menguasai kemahiran tersebut, boleh menjadi usahawan berjaya berikutan nilainya tinggi di pasaran.

Mengambil kira peluang berkenaan, Sharifah Raudhah berkata KEMAS tidak berfikir panjang untuk mengadakan demonstrasi jahitan sulaman tangan menggunakan benang sulam dan reben, pada program berkenaan bagi mendedahkan orang ramai dengan kemahiran itu.

Sementara itu, tenaga pengajar KEMAS Rafizah Mat Saad yang terlibat demonstrasi berkenaan berkata mempelajari seni sulaman tangan tidak sukar seperti yang disangka, jika memahami perkara asas termasuk penggunaan benang dan jarum yang sesuai dan corak yang mahu dihasilkan.

Beliau berkata di Malaysia, terdapat lebih 20 jenis sulaman tangan antaranya sulam padu, jahitan rantai dan simpul Perancis, namun pemilihan jarum, benang dan fabrik memainkan peranan penting.

“Biasanya kita guna benang DMC Embroidery berukuran satu milimeter, kerana ia sangat berkualiti dan warna tidak mudah luntur, jarum mesti yang berlubang besar dan halus untuk mudah membentuk lubang-lubang kecil pada fabrik,” katanya yang berharap lebih ramai anak muda menguasai seni itu pada masa depan.

Antara teknik sulaman tangan dari tenaga pengajar Kemas Wilayah Persekutuan di reruai Kementerian Desa dan Wilayah sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula semalam. – gambar BERNAMA
Antara teknik sulaman tangan dari tenaga pengajar Kemas Wilayah Persekutuan di reruai Kementerian Desa dan Wilayah sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari bermula semalam. – gambar BERNAMA

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil diadakan bermula 9 pagi hingga 10 malam selama tiga hari bermula semalam.

Kemuncak program itu merupakan majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN