web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abong 'Jatuh Cinta' Kehalusan Seni Pembuatan Parang, Sumber Mata Pencarian Sejak 23 Tahun Lepas

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 11:19AM

Bermula dengan minat, Anizam Mohd Deris kini menjadikan pembuatan parang sebagai mata pencarian sejak 23 tahun lalu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Bagai “jatuh cinta pandang pertama”. Itu menggambarkan perasaan kagum Anizam Mohd Deris, 53, ketika melihat kehalusan dan keunikan reka bentuk hulu dan sarung parang sehingga menjadikan bidang pembuatan parang sebagai mata pencariannya, sejak 23 tahun lepas.

Anizam atau lebih mesra disapa sebagai Abong berkata beliau yang bekerja sebagai pemandu lori ketika itu tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang itu selepas melihat pelbagai koleksi parang milik tukang parang berpengalaman, dikenali sebagai Haji Razal yang juga jirannya di Rumah Rakyat Ampang Tinggi di sini.

“Setiap kali balik kerja, memang akan ke bengkel beliau untuk lihat sendiri proses pembuatan hulu, sarung dan parang, sejak itu saya belajar dengannya sehingga boleh buat dengan baik. Ketika itu juga terfikir untuk bekerja sendiri dan jadi tukang buat parang.

“Mungkin kerana arwah bapa pun minat parang jadi ‘darah’ itu mengalir dalam diri saya. Pada 2006, saya ambil keputusan untuk hasilkan sepenuh masa selepas agak lelah kerana bawa lori pada waktu siang dan malamnya buat parang,” katanya ketika ditemui Bernama di bengkelnya di sini.

Penempa parang, Anizam Mohd Deris, 53, giat menyiapkan parang yang ditempah pelanggan di bengkelnya di Kuala Pilah, baru-baru ini. - gambar BERNAMA
Penempa parang, Anizam Mohd Deris, 53, giat menyiapkan parang yang ditempah pelanggan di bengkelnya di Kuala Pilah, baru-baru ini. - gambar BERNAMA

Bapa kepada dua anak lelaki itu berkata pembabitannya menghasilkan parang itu juga kerana ingin memartabatkan seni pertukangan parang secara tradisional yang mungkin akan hilang ditelan zaman jika tidak dipelihara.

Bercerita lanjut mengenai penghasilan parang terbaik, Abong berkata beliau mendapatkan bekalan kayu bermutu seperti jenis kemuning, rengas, arang bunga, tanduk kerbau dan kedondong hutan daripada masyarakat Orang Asli di Tasik Chini, Pahang.

Menurutnya, bagi menghasilkan sebilah parang, ia agak rumit kerana sebelum kayu berkenaan digunakan, ia akan dikeringkan terlebih dahulu dua hingga ke tiga bulan sebelum dibentuk menjadi hulu atau sarung manakala ukiran pada sarungnya dibuat dengan teliti bagi mengekalkan ciri-ciri Kemalayuan seperti motif ukiran bunga.

Proses membuat bilah parang pula katanya, bermula dengan memilih besi seperti jenis spring, kulit bearing dan besi ketam yang bermutu tinggi serta tahan lama kerana digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk memotong kayu atau melapah daging.

“Besi berkenaan akan dipotong dan dibakar sehingga kemerah-merahan, kemudian diketuk atau ditempa sehingga mendapat ketebalan yang diingini sebelum dipasang hulu dan sarungnya,” katanya.

Proses membuat parang bermula dengan memilih besi seperti jenis spring, kulit bearing dan besi ketam yang bermutu tinggi serta tahan lama kerana digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk memotong kayu atau melapah daging. - gambar BERNAMA
Proses membuat parang bermula dengan memilih besi seperti jenis spring, kulit bearing dan besi ketam yang bermutu tinggi serta tahan lama kerana digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk memotong kayu atau melapah daging. - gambar BERNAMA

Anak jati Kuala Pilah ini berkata beliau hanya menyiapkan tiga ke empat bilah parang dalam sehari bergantung kepada saiz dan jenis tempahan kerana penghasilan parang itu memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi.

Jelasnya, proses membuat parang hiasan lebih rumit kerana memerlukan kreativiti yang tinggi dan mengambil masa sehari untuk sebilah parang bergantung kepada kehalusan seni ukiran dikehendaki pelanggan.

“Selain kegunaan harian, parang ini turut mendapat sambutan dalam kalangan penggemar barangan berkenaan di seluruh negara untuk dijadikan dekorasi kediaman dan hadiah,” katanya menambah ia mendapat permintaan tinggi ketika Aidiladha.

Mengenai harga, beliau berkata sebilah parang dijual pada harga kurang RM180 bergantung kepada saiz manakala parang hiasan RM200 hingga ke RM300 dan setakat ini beliau sudah menghasilkan lebih 10,000 bilah parang.

“Ada juga permintaan untuk keris, sejak filem Mat Kilau popular, permintaan keris agak tinggi dan sehingga kini, kira-kira 100 bilah telah dihasilkan,” katanya.

Anizam Mohd Deris menunjukkan parang yang dihasilkan. - gambar BERNAMA
Anizam Mohd Deris menunjukkan parang yang dihasilkan. - gambar BERNAMA

Dalam pada itu, beliau turut memberi tunjuk ajar dan menurunkan ilmu pertukangan itu kepada yang berminat mempelajarinya memandangkan tidak ramai pembuat parang di Negeri Sembilan.

“Saya harap seni pertukangan ini akan terus diwarisi dan dijaga. Pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri juga perlu terus memperkasa warisan ini bukan sahaja untuk ekonomi negeri tapi dipertahankan untuk generasi akan datang,” katanya.

Anizam turut berharap supaya parang buatannya itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang sekali gus memperkenalkan hasil seni Malaysia ke persada dunia. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN