web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Awam Disaran Sumbang Bahan Audiovisual Kepada ANM

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 10:42AM

Dokumentari RTM bertajuk Tekad Tunku Abdul Rahman: Perpaduan Malaysia antara karya kreatif yang disumbangkan kepada ANM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai disaran menyumbangkan bahan audiovisual seperti dokumentari, filem, iklan, animasi video korporat dan sebagainya kepada Arkib Negara Malaysia (ANM) untuk melengkapkan koleksi pelbagai peristiwa bersejarah negara bagi tujuan pemuliharaan dan rujukan generasi akan datang.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata mulai tahun hadapan juga kesemua pertubuhan badan bukan kerajaan yang menyumbang koleksi audiovisual mereka akan diiktiraf sebagai "Rakan Perpaduan".

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang turut merakamkan gambar seniman negara, Tan Sri P Ramlee yang turut dipamerkan dalam Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023. - gambar Kementerian Perpaduan Negara
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang turut merakamkan gambar seniman negara, Tan Sri P Ramlee yang turut dipamerkan dalam Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023. - gambar Kementerian Perpaduan Negara

Beliau berkata kandungan maklumat bahan audiovisual adalah pengetahuan yang paling relevan pada masa lampau dan sumber pengetahuan berharga kerana mencerminkan kepelbagaian bangsa dan sosiobudaya dalam Masyarakat.

"Saya berharap warisan audiovisual menjadi wadah yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan generasi muda dalam menerapkah nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat menghormati selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2023 di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Pengarah ANM, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Sambutan yang bertemakan 'Anda Jendela kepada Dunia' itu diadakan bertujuan untuk menyebar luas kepentingan audiovisual dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaannya.

Dalam pada itu, Aaron berkata ANM perlu memberi tumpuan terhadap pengukuhan infrastruktur pendigitalan bahan audiovisual supaya ia dapat diguna dan diakses sepanjang zaman.

Menurutnya ia selaras dengan sasaran ANM iaitu 50 peratus bahan arkib (sumber maklumat) boleh dicapai oleh masyarakat menjelang tahun 2025.

"Migrasi kepada pendigitalan perlu dipergiatkan bagi mengelakkan keusangan format dan kehilangan kandungan serta maklumat di dalamnya," katanya

Pada majlis itu, empat pendeposit bahan audiovisual menyerahkan koleksi masing-masing berkaitan dokumentari, filem, animasi, iklan dan video korporat untuk disimpan di ANM.

Mereka terdiri daripada Azharul Azmir Kamarulzaman berkaitan dokumentari Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Melaka, Hassan Mutalib (filem, animasi dan iklan), Radio Televisyen Malaysia (dokumentari khas Tekad Tunku Abdul Rahman: Perpaduan Malaysia) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (video korporat). - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN