web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Exposure+Photo 2023 Pilih 10 Lokasi Terkenal Di Ibu Kota

Dengan Tema ‘A Different Light’, acara ini bakal menampilkan 20 artis dari seluruh dunia termasuk Malaysia

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 5:41PM

Exposure+Photo kembali untuk tahun kedua.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival fotografi terbesar Malaysia, Exposure+Photo kembali lagi khususnya buat jurugambar profesional mahupun mereka yang meminati seni fotografi.

Bertemakan ‘A Different Light’ festival itu bakal mempersembahkan hasil seni fotografi bermula 21 September hingga 1 Oktober ini.

Acara ini bakal menampilkan 20 artis dari seluruh dunia termasuk Malaysia sekaligus membuktikan kesungguhan dan penghargaan penganjur susulan kejayaan penganjuran sulung tahun lepas.

Ia juga bagi memupuk dan melahirkan bakal jurugambar bertaraf antarabangsa dalam kalangan generasi baharu. 

Pengasas festival tersebut yang juga jurugambar tersohor, Steven Lee dan Nadirah Zakariya, menegaskan Exposure+Photo adalah inisiatif bebas dengan konsep akar umbi, dan beroperasi sebagai sebuah badan persendirian melalui kolaborasi aktif bersama penyokong festival tersebut.

Mengekalkan format pameran di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur, festival ini bakal berlangsung di 10 lokasi terkenal ibu kota antaranya GMBB, REXKL, KLoé Hotel dan The Zhongshan Building.

Bahkan lokasi hotspot yang tersenarai kali ini adalah di BookXcess, LOKL Coffee Co, High Street Studios (HSS), Triptyk, Kantata dan Zontiga.

Bukan itu sahaja, acara ini turut disertakan dengan pelbagai program yang bermanfaat kepada pengunjung seperti bengkel, ulasan portfolio jurugambar, bual bicara, forum dan banyak lagi berkaitan fotografi.

Jack Wong GMBB
Jack Wong GMBB

Festival yang terbuka kepada umum dan dianggap unik kerana mendedahkan jurugambar Malaysia kepada konsep open call (panggilan terbuka) iaitu penyertaan dibuka kepada semua jurugambar yang berminat dari seluruh dunia.

Mekanisme ini dapat memberikan inspirasi serta manfaat kepada sesiapa sahaja yang terlibat terutamanya pengunjung.

Pameran Seni Foto Exposure + Photo 2022
Pameran Seni Foto Exposure + Photo 2022

Nadirah yang baru sahaja selesai mempersembahkan pameran solo yang ketiga di Kuala Lumpur berkata, fokus festival itu bagi mengetengahkan projek fotografi termasuk video yang dekat dengan hati dan jiwa audiens festival apabila pengalaman peribadi dan penceritaan disatukan secara visual dalam bentuk ekspresi fotografi.

“Tema yang dipilih penganjur adalah cukup luas untuk diinterpretasikan dalam genre fotografi yang berlainan dan boleh dianggap sebagai tema yang boleh dibawa ke pelbagai arah,” katanya.

Sementara itu,  Steven meluahkan perasaan bangga terhadap sokongan oleh pelbagai golongan menerusi permohonan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.

“Saya berbangga untuk mengumumkan bahawa kami menerima lebih 160 permohonan dari seluruh pelusuk dunia walaupun festival ini boleh dianggap baharu dalam kalangan komuniti kreatif global.

“Daripada jumlah ini, panel juri kami terdiri daripada nama-nama besar industri termasuk Ihiro Hayami, pengarah T3 Photo Festival Tokyo dan Carol Körting, editor foto majalah LFI (Leica Fotografie International) telah berjaya memilih 20 artis dengan projek yang memberikan impak terbesar,” katanya.

Suasana Program Exposure + Photo - BALQIS
Suasana Program Exposure + Photo - BALQIS

Jadi orang ramai jangan lepaskan peluang untuk hadir ke festival tersebut dan merakamkan gambar di pameran sambil menguji kemahiran anda sebagai jurugambar.

Ikuti laman media sosial Exposure+Photo  untuk menerima berita serta informasi terkini mengenai festival ini. – Getaran, 13 September 2023

Sumber Gambar:  Exposure+ Photo

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN