web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangsang Sektor Pelancongan Malaysia, Sape Dipamer Di Muzium Sukan Asia

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 8:15AM

Sape akan dipamerkan bersama kraf budaya lain dari setiap negeri di Malaysia - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sape atau sampe, sejenis alat muzik tradisional petik bertali yang dimainkan oleh masyarakat Orang Ulu di Sarawak, telah dipilih untuk dipamerkan sebagai antara kraf budaya Malaysia di Muzium Sukan Asia di Hangzhou, China. 

Timbalan Pengarah Komunikasi Pemasaran dan Pengaktifan Proton Holdings Bhd (Proton) Steven Zhou Qi berkata inisiatif untuk mempromosi alat muzik tradisional itu di peringkat global adalah dipacu oleh syarikat automotif negara itu kerana ia turut memainkan peranan penting bagi merangsang sektor pelancongan Malaysia pasca-COVID-19. 

“Kami berhasrat menjadi jambatan itu, jadi kami menganjurkan acara yang bukan sahaja mempromosi semangat Sukan Asia tetapi juga produk tempatan yang boleh disiarkan di peringkat antarabangsa dan akan menyebabkan lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas program Asian Games Nation Drive edisi Sarawak di sini, semalam. 

Beliau berkata alat muzik tradisional itu akan dipamerkan bersama kraf budaya lain dari setiap negeri di Malaysia berdasarkan yang paling meraih undian di media sosial Proton. 

Program dua hari itu diadakan sempena Sukan Asia edisi ke-19 yang berlangsung di Hangzhou dan Proton secara rasmi telah dilantik sebagai antara kenderaan rasmi bagi temasya yang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt tahun ini. 

“Ini adalah edisi kedua. Edisi pertama telah diadakan di Sabah dan bagi yang seterusnya, kami akan membawa program ini ke bahagian selatan dan utara Semenanjung Malaysia,” katanya.

Selain mempromosi Sukan Asia di seluruh negara, acara itu memberi peluang kepada sejumlah 14 pengamal media untuk menimba pengalaman memandu pelbagai model keluaran Proton seperti Persona, Saga, X50, X70 dan terkini X90, ke beberapa lokasi pelancongan di sekitar Kuching. 

Para peserta, yang terdiri daripada pengamal media dan kakitangan serta pakar produk Proton, memulakan sesi pandu uji di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dari Kuching hinggalah ke Telok Melano, pantai indah yang telah diisytihar sebagai ‘Sifar Kilometer’ dan kembali ke Kuching, menjadikan keseluruhan perjalanan sejauh kira-kira 280 kilometer (km). 

Pada hari kedua, peserta memandu dari bandaraya Kuching hinggalah ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong dalam perjalanan sejauh 40 km untuk menikmati kekayaan budaya pelbagai etnik di Bumi Kenyalang. 

Acara hari ini turut menyaksikan petinju Sarawak dan Malaysia iaitu Daeloniel McDelon Bong menyerahkan sape yang direplikakan daripada kayu kepada Steven, yang merangkumi inti pati Sukan Asia iaitu perpaduan, semangat kesukanan, nilai bersama serta pertukaran budaya. 

Anak kelahiran Sri Aman berusia 24 tahun itu, yang digelar 'Kilat Boy,' berkata langkah mempamerkan kekayaan budaya Sarawak melalui sape di peringkat antarabangsa merupakan satu penghormatan bagi masyarakat tempatan kerana negeri itu terkenal dengan kepelbagaian dan keharmonian kaum. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu