web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Roslee Mansor Akur Arah Semula Teater Muzikal ‘Moyang Salleh’, Turut Berlakon Watak Utama

Dek kerana kesukaran untuk mencari pengganti Datuk Ahmad Tamimi Siregar untuk watak Moyang Salleh, Roslee sendiri terpaksa bawakan watak tersebut.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 6:10PM

Roslee Mansor - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sebelum ini pernah menarik diri daripada mengarahkan pementasan teater muzikal Moyang Salleh apabila lokasinya bertukar tempat, namun akhirnya Roslee Mansor terpaksa akur dan mengalah atas desakan pelbagai pihak yang mahukan dia meneruskan tugasnya sebagai pengarah teater tersebut.

Teater muzikal berkenaan yang memaparkan perjuangan pahlawan Negeri Sembilan dalam memperjuangkan kedaulatan Jelebu suatu masa dahulu, sebelum ini dijadual dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 26 Ogos sehingga 31 Ogos lalu.

Namun, disebabkan isu penajaan pihak produksi yang tidak mencukupi bagi menampung kos produksi yang mencecah jutaan ringgit, pementasan teater muzikal ini telah diubah tarikh dan lokasi yang baharu. 

“Saya terpaksa akur dan saya sebenarnya saya sudah menerima tawaran untuk mengarahkan semula pementasan teater ini sejak hujung Ogos lalu. 

“Namun, untuk pementasan Moyang Salleh di tempat baharu ini ada beberapa pelakon asal yang terpaksa ditukar dan digantikan dengan pelakon-pelakon lain. 

“Salah seorang daripadanya adalah Datuk Ahmad Tamimi Siregar sendiri yang sebelum ini memegang watak utama sebagai Moyang Salleh sendiri. 

“Beliau tidak dapat bersama di dalam pementasan Moyang Salleh di lokasi baharu ini kerana mempunyai komitmen lain,” katanya. 

Apabila ditanya siapa yang menggantikan tempat watak Moyang Salleh, Roslee Mansor berkata, pihaknya menemui kesukaran untuk mencari pengganti Tamimi Siregar kerana ramai pelakon yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Negeri Sembilan. 

“Jadi, mahu tidak mahu, saya sendiri yang terpaksa membawakan watak sebagai Moyang Salleh itu. Ia memang cukup mencabar kerana tokoh ini wujud sekitar 1770-an dan sukar untuk mendapatkan rujukannya. 

“Namun, kita perlu mengenali Moyang Salleh supaya dapat menepati perwatakan beliau. Beliau adalah seorang pejuang tetapi beliau juga ahli sufi dan mempunyai ilmu agama yang tinggi tetapi sangat low profile,” kata aktivis teater yang merupakan anak jati Negeri Sembilan ini. 

Biarpun terpaksa memikul dua tugas sekali gus iaitu pengarah dan pelakon utama teater Moyang Salleh ini, Roslee akui, ia bukanlah suatu cabaran yang besar. 

“Dalam pementasan ini, saya juga dibantu oleh penolong pengarah dan juga penulis skrip dan saya juga memang memilih barisan pelakon yang boleh menguasai bidang pementasan teater. 

“Ia lebih memudahkan saya kerana masa untuk berlatih untuk teater ini terlalu singkat,” katanya. 

Di sebalik kemelut yang dihadapi produksi teater muzikal Moyang Salleh sebelum ini, Roslee berharap, persembahan mereka pada malam ini akan berjalan dengan lancar. 

“Harapan kami juga, ramai penonton datang memenuhi dewan persembahan untuk menghayati persembahan yang mempunyai nilai sejarah, apatah lagi ini adalah kali pertama kisah Moyang Salleh ini dipentaskan,” katanya. 

Selain Roslee Mansor, pementasan teater muzikal ‘Moyang Salleh’ ini turut dijayakan Shaharuddin Thamby, Zuhairi Ibrahim, Kamarul AR, Fuad Nasir, Saiful Wazien dan Melissa Kelvin. 

Teater muzikal ini kini dipentaskan di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS) bermula hari ini sehingga 25 September ini, jam 8.30 malam. Tiket masuk berharga RM30 dan RM50. – Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

2

Budaya 3 tahun yang lalu

Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 Jadi Pementasan Kali Pertama Di Istana Budaya Setelah 2 Tahun

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Solo November Ini Di Langkawi, Ezad Lazim Akui Risau PRU-15 Dan Banjir 

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Pementasan Teater Moyang Salleh Dibatalkan Ogos Ini, Along Eyzendy Luahkan Kekecewaannya 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN