web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pementasan Teater Moyang Salleh Dibatalkan Ogos Ini, Along Eyzendy Luahkan Kekecewaannya 

Pembatalan pementasan teater muzikal Moyang Salleh pada Ogos ini telah menimbulkan pelbagai cerita belakang tabir yang tidak enak. 

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 12:00PM

Pelakon Teater Muzikal Moyang Salleh (dari kiri) Along Eyzendy dan Hairi Safwan. - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembatalan pementasan teater muzikal Moyang Salleh yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 26 Ogos sehingga 31 Ogos ini, telah menimbulkan pelbagai cerita belakang tabir yang tidak enak. 

Bahkan, berlaku masalah dalaman di antara pihak pengurusan dengan sebahagian pelakon-pelakon yamg terlibat di dalam pementasan teater ini. 

Pihak penerbitnya, Siti Salbiah Zahari dalam sebuah kenyataan media memaklumkan bahawa pembatalan itu dibuat berikutan penajaan pihak produksi yang tidak mencukupi bagi menampung kos produksi.

Bahkan, beliau memberitahu bahawa pementasan Moyang Salleh tetap akan diteruskan, cuma tarikh dan lokasi sahaja diubah dan bakal diadakan di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS) pada 23 sehingga 25 September ini.

Teater Muzikal Moyang Salleh. - Gambar dari Media Sosial
Teater Muzikal Moyang Salleh. - Gambar dari Media Sosial

Persoalannya, adakah barisan pelakon utama pementasan teater muzikal Moyang Salleh iaitu Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aloeng Silalahi, Khir Rahman, Hairi Safwan, Melissa Kelvin, Along Eyzendy, Mubarak Majid dan Amran nasaruddin akan dikekalkan? Bagaimana pula dengan pengarahnya, Roslee Mansor? 

Masalah dalam di dalam pementasan teater muzikal ini mula dapat dihidu apabila salah seorang pelakon utamanya iaitu Along Eyzendy telah meluahkan kekecewannya itu menerusi laman facebook miliknya minggu lalu.  

Along Eyzendy - Gambar fail
Along Eyzendy - Gambar fail

“Salam semua, dukacita saya memaklumkan bahawa pementasan Muzikal Moyang Salleh yang dijadualkan pementasannya pada akhir Ogos ini telah pun dibatalkan. 

“Walaupun kontrak telah pun ditandatangani hampir 90 pratus barisan-barisan pelakon yang terlibat dan promo pementasan ini juga telah pun dibuat, namun ternyata rezeki tidak menyebelahi kami. 

“Paling tidak menarik sekali apabila semua yang terlibat telah memberikan komitmen seperti datang latihan dan hafal skrip 

“Bahkan, ada yang terpaksa tolak job yang datang semata-mata untuk menjayakan projek pementasan teater ini. 

“Dan, segala usaha itu menjadi sia-sia. Apakah sebab dan musababnya, tidak perlulah saya nyatakan kerana ia melibatkan maruah dan air muka mereka yang bertanggungjawab. 

 “Cuma harapan saya sebagai orang teater, semoga perkara-perkara sebegini janganlah diulangi lagi mereka-mereka yang nak buat teater besar terutama sekali di Istana Budaya. 

“Sudah-sudahlah nak mempermainkan teater,” katanya yang memuatkan naik pautan berkenaan pada 15 Ogos lalu. 

 

As salam semua... Dgn Dukacita saya memaklumkan bahawasanya persembahan MUZIKAL MOYANG SALLEH yg dijadualkan...

Posted by Eyzendy Aziz on Monday, August 15, 2022

Pelakon Hairi Safwan juga memaklumkan bahawa walaupun kontrak telah ditandatangani, namun ada pelakon yang masih belum mendapat bayaran awal sebanyak 50 peratus. 

“Memang banyak masalah yang dihadapi dalam produksi ini. Tanyalah dengan mereka (pelakon-pelakon yang lain. Sebab itu, saya tak datang pun masa latihan diadakan. 

“Tapi, walaupun saya tidak datang latihan, saya tetap hafal skripnnya. Skrip pementasan ini terutama yang melibatkan watak saya ada di kepala,” katanya.  –  Getaran, 25 Ogos 2022

Hairi Safwan - Gambar fail
Hairi Safwan - Gambar fail

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Akan Dikeluarkan Segera - Menteri Pertahanan

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN