web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 9:00PM

Pemergian Abdul Syukur Zulkifli (tengah) ke Jordan mencetuskan kontroversi kerana status bapanya sebagai mantan Menteri Kabinet - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -  Anak kepada mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) berdasarkan keputusan cemerlang yang dicatatkan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia.

Jurucakap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) berkata, Abdul Syakur Zulkifli memperoleh keputusan 8A (7A+ bagi subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah, Pendidikan Sariah Islamiah) dan 1A untuk Bahasa Melayu.

Menurut beliau, pemberian berkenaan adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP pada 11 September 2023 lalu. 

“Hasil semakan mendapati pemohon dikategorikan sebagai asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah. 

“Untuk makluman, pada asasnya Asnaf Fisabilillah adalah tidak tertakluk kepada pengiraan had kifayah,” katanya.

Jelas jurucakap itu, penentuan kelayakan bagi skim bantuan ini adalah berdasarkan lebihan had kifayah yang akan dipertimbangkan melalui Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Dasar Skim Bantuan Zakat yang diguna pakai sehingga hari ini katanya, telah diperakui dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-122 pada 15 Januari 2020 dan Mesyuarat MAIWP Kali Ke-150 Bil. 1/2020 yang bersidang pada 18 Februari 2020.

“Ia juga selaras Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Skim Bantuan Zakat MAIWP yang diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan MAIWP Bil. 5/2020 pada 22 Disember 2020,” katanya.

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (tengah( ketika menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - gambar Facebook
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri (tengah( ketika menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - gambar Facebook

Mengulas lanjut beliau berkata, selain Asnaf Fisabillah, dasar berkenaan turut merangkumi 30 skim dasar agihan bantuan, termasuk Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang yang boleh dibantu melalui Asnaf Fakir dan Miskin.

“Takrifan Asnaf Fisabilillah yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke- 128 pada 4 Mac 2021 merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam.

“Bapa pelajar (Datuk Dr. Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengersi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi Asnaf Fisabillillah,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, Abdul Syakur juga ialah alumni dan bekas penuntut di Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP. 

“Berdasarkan dasar dan SOP bantuan MAIWP, pelajar ini adalah lepasan Institusi MAIWP serta layak menerima Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara MAIWP,” katanya.

Abdul Syukur menyambung pengajian di Peringkat lazah Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bidang pengajian Figh Wa Usuluh.

Pemergiannya ke bumi anbia itu mencetuskan kontroversi susulan kedudukan bapanya sebagai mantan menteri Kabinet dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Ia mula tular di media sosial selepas Zulkifli memuat naik hantaran, berkongsi kisah beliau dan keluarga sewaktu menghantar Abdul Syukur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beberapa hari lalu.

Susulan perkongsian, netizen mula mempertikaikan ketelusan biasiswa diterima, malah ada yang menuduh Zulkifli menyalah guna wang zakat demi kepentingan peribadi. - Getaran, 24 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Starlink Yang Terbaik Setakat Ini, Tiada Pilihan Lain - Dr Zulkifli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Zulkifli Tak Terlibat Pelaburan Saham, Itu Iklan Palsu!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Saring Terperinci Konsert Antarabangsa, Elak Insiden The 1975 Berulang - Dr Zulkifli

Sorotan

1

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

2

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

3

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

4

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

oleh Sophia Ahmad