web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teater Maduku Terpaling Kalut Kembali Dengan Barisan Pelakon Terkenal

Pementasan teater MTK kali ini adalah lebih daripada sebuah pementasan teater, ianya merupakan simbolik survival penggiat seni tanah air selepas pandemik.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 6:00PM

Barisan pelakon yang akan menjayakan pementasan teater Maduku Terpaling Kalut. - Gambar daripada Bangsawan Pictures

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengisi slot Nero Event Space tahun ini, sebuah pementasan teater Maduku Terpaling Kalut (MTK) arahan Azhar Zainal bakal dipersembahkan di Performing Arts Centre (PJPAC).

Pernah mendapat enam pencalonan di Boh Cameronian Awards pada tahun 2014, skrip yang sama bakal dipentaskan semula, namun dengan barisan pelakon komersial televisyen seperti Azrel Ismail, Puteri Sarah, Anna Jobling, Syafiq Naser dan Aya Amiruddin.

“Teater kali ini menghimpunkan penggiat seni yang rata-ratanya daripada kelompok generasi baharu.

“Kami tidak sewenang-wenangnya meletakkan pelakon yang tidak tepat untuk menggalas cabaran sebagai pemain di pentas ini. Untuk beraksi di pentas teater ini, seseorang pelakon mesti ada kriteria.

“Saya percaya barisan pelakon ini ada keistimewaan tersendiri yang boleh diterjemah di atas pentas kelak,” kata Azhar Zainal ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Diinspirasikan daripada karya farce comedy yang ditulis Ray Cooney, ‘Run For Your Wife’, teater kali ini bakal mengetengahkan tentang pemandu teksi bernama Selamat yang berusaha melarikan diri daripada kedua-dua isterinya.

Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada bertemu kedua-dua isterinya.

Pementasan teater MTK kali ini adalah lebih daripada sebuah pementasan teater, ianya merupakan simbolik survival penggiat seni tanah air setelah lebih dua tahun terkurung dalam fasa pandemik.

Teater MTK kali ini juga menghimpunkan penggiat seni teater yang rata-ratanya berada di dalam lingkungan generasi baharu. Kelainan kali ini pastinya barisan para pelakon serta rekaan set yang lebih segar.

Teater Maduku Terpaling Kalut bakal dipentaskan daripada 29 September hingga 2 Oktober 2022.

Tiket sudah mula dijual menerusi laman sesawang www.onetix.com.my dengan harga bermula RM88, RM118, RM168 dan RM198. - Getaran, 15 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terjun Ke Bidang Lakonan, Aya Amiruddin Tak Sempat Update TikTok

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pernah Berlakon Bersama, Pelakon Wanita Burukkan Anna Jobling Di Media Sosial? 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Akan Pindah ke Indonesia Jika Ada Rezeki Dalam Bidang Lakonan – Anna Jobling

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...