web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pos Malaysia Lancar Setem NFT Pertama Untuk Pengumpul

Setiap folder setem menawarkan satu helaian setem fizikal mengandungi 14 setem dan setiap satunya direka oleh pereka yang mewakili setiap negeri di Malaysia, mempamerkan keunikan, budaya dan kebanggaan negeri-negeri berkenaan.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 10:00AM

Setem NFT edisi terhad itu boleh ditebus secara percuma dengan setiap pembelian set folder setem #Empatbelas Setem Ku edisi khas sebanyak 3,000 set - Gambar Instagram Pos Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem token tidak sepiawai (NFT) pertamanya untuk pengumpul, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Setem NFT edisi terhad itu boleh ditebus secara percuma dengan setiap pembelian set folder setem #Empatbelas Setem Ku edisi khas sebanyak 3,000 set, pada harga RM59 setiap satu.

Dihasilkan melalui kerjasama Pos Malaysia dan jenama runcit tempatan APOM, setiap folder setem menawarkan satu helaian setem fizikal mengandungi 14 setem dan setiap satunya direka oleh pereka yang mewakili setiap negeri di Malaysia, mempamerkan keunikan, budaya dan kebanggaan negeri-negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer berkata beliau berbesar hati bekerjasama dengan APOM dalam projek berkenaan bersama-sama 14 pereka berbakat besar.

“Bersama APOM, kami berbesar hati menawarkan peluang kepada pereka tempatan untuk mempamerkan bakat mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global memandangkan NFT boleh dikongsi atau didagangkan di peringkat antarabangsa.

“Menembusi pasaran NFT merupakan pencapaian besar bagi Pos Malaysia kerana kami melengkapkan tawaran pos tradisional dengan pelbagai perkhidmatan dan produk digital, meningkatkan kecekapan dan menambah baik cara kami berhubung dengan pelanggan dalam dunia yang pesat berkembang dan maju secara digital,” katanya pada pelancaran #Empatbelas Setem Ku di APOM Suria KLCC baru-baru ini.

Beliau berkata Pos Malaysia telah berfungsi sebagai pengendali perkhidmatan pos selama lebih 200 tahun dan aspirasi syarikat untuk kekal relevan mengikut peredaran masa dan bersedia untuk masa depan seterusnya untuk wujud 200 tahun lagi.

Pengasas bersama APOM, Chantelle Teoh berkata #Empatbelas merupakan projek kerjasama tahunan Hari Merdeka-Malaysia pihaknya bagi meraikan negeri-negeri di Malaysia.

“Tahun ini dengan sokongan daripada Pos Malaysia, 14 pereka terpilih berpeluang untuk menterjemah semula kebanggaan negeri mereka pada setem NFT yang menjangkau seluruh dunia melangkaui komuniti filateli serta setem fizikal yang telah mengeratkan rakyat Malaysia selama ini.

“Ini peluang yang baik untuk bakat tempatan mengetengahkan hasil kerja mereka,” katanya pada pelancaran berkenaan.

Seorang pengumpul setem yang mahu dikenali sebagai Shum, 50-an berkata beliau datang ke APOM di KLCC bagi mendapatkan setem berkenaan bagi koleksi peribadinya.

“Saya datang ke sini mahu membeli 15 set koleksi setem #empatbelas namun hanya berjaya mendapatkan 10 sahaja kerana kehabisan stok.

“Saya telah mengumpul setem Malaysia selama kira-kira 40 tahun dan saya menyukainya kerana reka bentuk yang cantik dan harganya berpatutan untuk pengumpul setem seperti saya,” katanya kepada Bernama.

Pos Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya ialah penyedia perkhidmatan pos kedua di Asia Tenggara yang mengeluarkan setem NFT selepas Thailand seterusnya menyertai frateniti pos global negara lain yang mempunyai inisiatif yang sama seperti Austria, Switzerland, Emiriah Arab Bersatu dan Belanda.

Set lengkap itu mengandungi tiga sampul surat, tiga poskad, folder yang direka khas dan panduan pengguna untuk menebus setem NFT percuma.

Pengumpul yang membeli setiap set mempunyai tempoh hingga 31 Oktober ini untuk menebus satu daripada 14 setem NFT yang direka.

Menurut Pos Malaysia, set setem itu boleh didapati secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan cawangan runcit APOM, kaunter Setem & Filateli Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur mulai hari ini manakala pembelian di pejabat pos terpilih lain boleh didapati mulai 12 September. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...