web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi Sedia Lebih Daripada Bahan Bacaan

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 2:56PM

Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi menawarkan lebih daripada sekadar buku. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perpustakaan Komuniti (PK) Batu Ferringhi bertujuan menyediakan ruang selamat untuk pengunjung mendapatkan ilmu dalam pelbagai bidang dengan membaca serta mengurangkan asimetri maklumat bagi golongan kurang berkemampuan.

Malah, ia juga mempromosi pembelajaran bagi membantu pembaca membuka minda kepada pelbagai perspektif.

Perpustakaan Komuniti Batu Ferringhi, yang ditubuhkan lebih sebulan lalu, dipercayai satu-satunya perpustakaan yang mudah diakses oleh penduduk tempatan di destinasi percutian pantai popular di Pulau Pinang.

Pengasasnya, Laura Joseph, 53, berkata, terdapat beberapa halangan dalam menubuh dan mengurus perpustakaan tersebut tetapi segala permasalahan dapat diatasi dengan kerjasama dan sokongan komuniti tempatan.

"Proses penubuhan perpustakaan ini bermula April lalu dan dilancarkan sejak sebulan lalu. Masyarakat setempat membantu dalam mengumpul dana dan dalam tempoh tiga hari sahaja, berjaya memperoleh dana berjumlah RM9,000.

"Aspirasi kami adalah untuk mewujudkan tempat selamat untuk masyarakat khususnya kanak-kanak supaya mereka boleh melakukan aktiviti berfaedah yang boleh membantu mereka mengembangkan minda dan kemahiran insaniah di samping menghindakkanak-kanak daripada masalah," katanya kepada Bernama.

Laura, seorang pengajar bahasa Inggeris, berkata perpustakaan itu kini dilengkapi dengan lebih 5,000 buku pelbagai genre, serta video cakera digital (DVD) kanak-kanak sumbangan komuniti Batu Ferringhi.

Pada masa ini, katanya, perpustakaan itu hanya beroperasi pada hujung minggu di mana pelawat boleh menyertai aktiviti percuma seperti sesi bercerita oleh artis suara, kelas seni untuk golongan muda dan warga emas serta bengkel robotik untuk kanak-kanak.

Beliau berharap untuk membuka perpustakaan itu setiap hari apabila berjaya mendapatkan lebih banyak dana serta lebih ramai sukarelawan untuk membantu melaksanakan aktiviti tersebut.

Di samping itu, beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang dan belajar kaedah mengkatalogkan buku-buku supaya pelawat boleh mula meminjamnya.

Beliau memasang impian besar untuk melihat kewujudan perpustakaan tanpa mengira saiz di setiap perbandaran.

"Perpustakaan tidak seharusnya ditakrifkan sebagai sudut sunyi untuk buku dan ulat buku. Di bahagian lain di dunia, perpustakaan perlahan-lahan berkembang menjadi pusat komuniti dan itulah yang kami cita-citakan," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN