web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pentas Seni Merdeka Hidupkan Suasana Ibu Kota

Selepas sekian lama tiada acara hiburan secara terbuka, Pentas Seni Merdeka kembali menghidupkan suasana ibu kota dengan menjadikan 'Downtown KL' sebagai daerah budaya dan kreatif.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 3:33PM

Pentas Seni Merdeka merupakan edisi pertama daripada empat edisi yang diadakan pada Sabtu kedua setiap bulan di Jalan Raja, Kuala Lumpur - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sekian lama tiada acara hiburan secara terbuka, Pentas Seni Merdeka kembali menghidupkan suasana ibu kota melalui pengaktifan ruang awam dengan menjadikan 'Downtown KL' sebagai daerah budaya dan kreatif.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata aktiviti seni budaya dan kreatif penting dalam meningkatkan ekuiti sosial masyarakat sekali gus membantu membentuk perpaduan antara kaum.

"Pentas Seni Merdeka, inisiatif seni yang memanfaatkan sepenuhnya ruang awam apabila mengiktiraf kepentingan kandungan kreatif dan budaya sebagai usaha mengaktifkan semula ibu negara pascapandemik.

"Oleh itu, kami berharap untuk melihat lebih banyak usaha kolaboratif dilaksanakan dalam menjadikan ruang awam lebih menarik untuk dinikmati semua lapisan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pentas Seni Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi.

Acara julung kali di Jalan Raja, Kuala Lumpur merupakan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Think City dengan dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Pengarah Urusan Think City Hamdan Abdul Majeed berkata ruang awam terbaik terhasil daripada inisiatif yang dipacu komuniti termasuklah dalam soal cita rasa kandungan kreatif dan budaya.

Beliau berkata menerusi Pentas Seni Merdeka, Think City berhasrat mewujud dan mengekalkan platfom seni awam di Downtown KL sebagai sebahagian daripada pelan strategik untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat budaya dan kreatif.

"Ini termasuk mengumpul, mengaktifkan dan memulihkan aset sedia ada sambil merangsang rangkaian yang lebih luas dalam aktiviti ekonomi baharu sekali gus meningkatkan kualiti daya huni,” katanya.

Pentas Seni Merdeka merupakan edisi pertama daripada empat edisi yang menampilkan tarian dan seni Ronggeng Melayu dikendalikan Pusat Penyelidikan Seni Persembahan Nusantara (NusPARC).

Acara itu turut menampilkan pelbagai aktiviti lain termasuk persembahan daripada Artis Budaya dan Kombo Budaya DBKL, bengkel terarium, kedai makanan ringan tempatan dan kendera saji.

Edisi seterusnya akan diadakan pada setiap Sabtu kedua setiap bulan di Jalan Raja dengan edisi kedua dijadual pada 10 Sept diikuti 8 Okt, 12 Nov dan 10 Dis depan. Setiap edisi akan menampilkan bentuk dan pengalaman seni berbeza. - Bernama

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN