web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seni Ephemeral Dari Warna-Warni Alam Sekitar

Seni ephemeral merujuk kepada karya seni sementara yang tidak boleh dijadikan objek kekal untuk pameran di muzium atau galeri.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 4:23PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni mandala biasanya dihasilkan di atas kertas atau kain atau dilukis di atas sesuatu permukaan menggunakan benang.

Namun seorang ibu dan suri rumah menzahirkan minatnya terhadap seni ephemeral itu dengan menghasilkan mandala daripada alam sekitar seperti dedaun, buah-buahan, bijian, cengkerang, batuan dan juga bulu pelepah.

P.Malika, 58, yang tinggal di Petaling Jaya, berkata sejak kecil beliau menyukai alam sekitar dan seni, justeru seni mandala menepati nalurinya.

Seni ephemeral merujuk kepada karya seni sementara yang tidak boleh dijadikan objek kekal untuk pameran di muzium atau galeri.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

“Saya sangat suka mencipta karya seni ephemeral, terutama mandala. Walaupun hasil kerja saya tidak bertahan lama memandangkan ia akan layu dan kering, satu-satunya cara untuk mengekalkannya ialah mengambil gambar dan memuat naiknya ke media sosial.

“Mencipta mandala adalah seperti bermeditasi untuk saya dan memandangkan sejak kanak-kanak lagi sehinggalah dewasa, saya seorang yang sangat aktif, untuk duduk dan bermeditasi merupakan satu cabaran. Mandala telah membantu saya untuk fokus dan menenangkan fikiran,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Mandala yang bermaksud bulatan atau objek diskoid dalam bahasa Sanskrit, adalah corak geometri yang mempunyai banyak pengertian simbolisme dalam budaya Hindu dan Buddha.

Ia dipercayai melambangkan pelbagai aspek dunia dan digunakan sebagai alat meditasi dan simbol doa terutama di China, Jepun dan Tibet.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Malika, yang bekerja selama 10 tahun di syarikat semikonduktor sebelum ini, berkata cubaan pertamanya menghasilkan mandala bercorak bungaan adalah pada 2015 ketika beliau berada di luar mengumpul bahan untuk seni.

Kini, beliau telah mencipta lebih 600 mandala diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. 

“Berada di luar dan mengumpul (bahan seni) adalah terapeutik untuk saya. Selepas mengumpul bahan, saya akan menghasilkan karya seni di luar atau membawanya pulang dan menghasilkannya di rumah, terutama jika cuaca panas dan lembap.

“Memandangkan saya pernah tinggal di sebuah ladang di Perak dari tahun 2000 hingga 2016, bunga-bungaan yang banyak di persekitaran turut memberi inspirasi dan membangkitkan minat saya,” kata Malika, yang berkongsi karyanya menerusi laman Instagram.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Mengambil inspirasi daripada artis Kathy Klein yang terkenal dengan seni bulatan bunganya, Malika turut menjelaskan secara terperinci bahan yang digunakan dalam mandala termasuk nama saintifik bunga dalam hantaran Instagramnya yang meraih perhatian para peminat seni.

Apabila ditanya adakah aktiviti itu memakan banyak masa, ibu kepada dua remaja itu berkata ia bergantung kepada mood dan rekaan.

“Kadang-kadang apabila idea awal datang, ia mungkin mengambil masa berjam-jam, tetapi jika mandala dibuat secara spontan di taman, ia boleh mengambil masa kurang daripada 30 minit.

“Saya mengkategorikan mandala bunga-bungaan sebagai berciri feminin (yin) dan mandala maskulin (yang) jika bijian, batuan atau bulu pelepah digunakan,” tambah Malika, yang gemar memasak makanan vegan selain meminati fotografi. - Bernama

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Bunga Terbaik Untuk Dijadikan Pewangi

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Kugiran Masdo, The Changcuters Berkongsi Pentas Di Konsert Disember Ini!

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Bunga Tak Sangka Jadi Pilihan Disney+ Hotstar

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Ulasan Bunga dan Kayu: Bolehkah Kita Berpura-Pura Dalam Cinta?

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN