web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bunga Tak Sangka Jadi Pilihan Disney+ Hotstar

Penyanyi rap wanita popular, Bunga tidak sangka menjadi pilihan Disney+ Hotstar untuk menyanyikan lagu sempena Ramadan dan Syawal.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Disney+ Hotstar berganding tangan dengan penyanyi rap tempatan, Bunga yang sedang melonjak naik menerusi rap 'Cerita Kita Bersama'. Hasil karya yang diilhamkan dan dipersembahkan artis itu sendiri menzahirkan tema sambutan Aidilfitri yang bermakna dan menyentuh hati.

Berilhamkan kenangan beliau sendiri, rap itu menggambarkan semangat Ramadan dan sambutan Aidilfitri rakyat Malaysia merentasi semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja menggambarkan intipati Aidilfitri, tetapi juga menonjolkan pelbagai emosi dan kepentingan hubungan kekeluargaan, sekali gus mengajak semua pendengar untuk merenung semula pengalaman mereka sendiri.

Persembahan seni pertuturan Bunga disertai beberapa klip daripada rancangan dan filem yang tersedia di Disney+ Hotstar. Menampilkan pelbagai watak dan momen yang terkenal, babak-babak ini mencerminkan emosi Bunga sendiri, termasuklah kegembiraan, ketabahan, cinta kekeluargaan, perayaan, keazaman, kepercayaan dan keutuhan agama.

“Alhamdulillah ini adalah antara kolaborasi terbesar saya bersama Disney+ Hotstar kerana ia melibatkan karier muzik saya. Ini adalah rezeki saya dan peluang keemasan selepas tamat AJL 36. Saya sentiasa merasakan diri saya masih kerdil sebagai seorang penyanyi. Bila Disney+ Hotstar pilih saya, saya rasa macam wow rupanya saya sudah sampai ke tahap ini. 

Kita tahu Disney+ Hotstar adalah jenama antarabangsa, dan bila berpeluang bekerjasama bersama mereka merupakan satu pengalaman yang hebat buat saya. Tetapi saya juga perlu berusaha dengan lebih hebat untuk pastikan kolaborasi ini berjaya,” katanya. 

Ditanya apakah keistimewaan Disney padanya, kata Bunga filem-filem terbitan Disney banyak memberi inspirasi dan harapan kepadanya. 

“Sewaktu membesar, Disney sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya, kerana rancangannya memberi saya sinar harapan ketika masa susah. 

Tatkala kita merenung ke hadapan, adalah penting untuk saya mengingati asal-usul saya dan menyatukannya dengan masa hadapan saya. Jadi, rap saya memaparkan gambaran yang realistik dan berwarna-warni tentang Ramadan yang mulia dan sambutan Raya. Semoga ia dapat menyentuh hati dan menyatukan semua rakyat Malaysia,” ujarnya. 

Ketika bersatu semula dengan keluarga tersayang sempena musim perayaan ini, anda boleh menikmati satu siri rancangan kegemaran seisi keluarga seperti 'Turning Red', 'Encanto', 'Upin & Ipin' (Keris Siamang Tunggal), 'Musim 2 Ejen Ali', '30 Hari Sebelum Raya', dan 'Do You Love Me, Captain?'

Bagi penonton yang mengidamkan cerita seram, drama dan kisah romantik, koleksi filem dan siri TV Disney+ Hotstar yang luas termasuk 'Moon Knight', 'Harith Fayyadh', 'Soundtrack #1', dan 'Death on the Nile' untuk memenuhi selera pelanggan dari segenap peringkat umur. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Bunga Terbaik Untuk Dijadikan Pewangi

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Raih Anugerah Animasi 3D Terbaik Asian Television Awards, Ejen Ali Musim 3 Makin Diminati Di Asia Tenggara 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN