web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raih Anugerah Animasi 3D Terbaik Asian Television Awards, Ejen Ali Musim 3 Makin Diminati Di Asia Tenggara 

Ejen Ali Musim 3 telah mula ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun lalu merupakan kesinambungan bagi Ejen Ali: The Movie. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 6:00PM

'Ejen Ali Musim 3' berjaya meraih anugerah antarabangsa berprestij iaitu Program Animasi 3D Terbaik. - Gambar ihsan Media Prima

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi 'Ejen Ali Musim 3' berjaya meraih anugerah antarabangsa berprestij iaitu Program Animasi 3D Terbaik menerusi Asian Television Awards yang ke-27 di Singapura baru-baru ini.

Diterbitkan secara usahasama di antara Primeworks Studios, WAU Animation dan Disney+ Hotstar buat julung kalinya, Ejen Ali Musim 3 telah menutup tirai tahun 2022 dengan cukup istimewa kerana ia menjadi tontonan bukan sahaja peminat di dalam negara, malahan serantau Asia Tenggara. 

Khairul Anwar Salleh - Gambar ihsan Media Prima
Khairul Anwar Salleh - Gambar ihsan Media Prima

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya teruja dengan pencapaian yang diterima oleh Ejen Ali Musim 3 ini.

“Pencapaian ini adalah sesuatu yang harus diraikan. Sokongan daripada peminat tegar animasi ini menyuntik semangat pasukan kreatif kami untuk terus bekerja keras dan menghasilkan idea-idea yang lebih menarik. 

“Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada WAU Animation dan Disney+ Hotstar kerana memberi peluang berkolaborasi dan meluaskan platform Ejen Ali Musim 3 ini. 

“Teruskan menanti kandungan yang lebih menarik dan berkualiti daripada tenaga kerja kami dan sentiasa berikan sokongan yang mantap kepada industri animasi tanah air. 

“Kami turut bangga dengan dua lagi program kami yang telah tercalon di Asian Television Awards ke-27 iaitu My Dream My Wish bagi Drama atau Telemovie ‘Single’ Terbaik (8TV) dan Women Talk bagi Program Bual Bicara Terbaik (TV3),” katanya. 

Gambar ihsan Media Prima
Gambar ihsan Media Prima

Ejen Ali Musim 3 telah mula ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun 2022 dan merupakan kesinambungan bagi Ejen Ali: The Movie. 

“Jalan penceritaannya lebih mendalam di mana Ejen Ali terpaksa meneruskan tugasnya di Arena MATA tanpa alat peranti IRIS. 

Tekad untuk mengikut jejak langkah ibunya sebagai juara, Ali kemudian berdepan dengan cabaran bertentangan dengan Ejen Antarabangsa yang licik dan berdaya tahan yang hebat. 

Pada masa yang sama, kumpulan jahat Numeros kembali untuk menjatuhkan MATA dan bandaraya futuristik Cyberaya. 

Peminat tegar Ejen Ali Musim Ketiga masih boleh menonton animasi ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.  – Getaran, 20 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

4

Politik 3 tahun yang lalu

Jaminan Media Bebas Hanya Indah Khabar Dari Rupa - PH

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN