web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'The Malayan Songbook' Hasil 5 Tahun Kajian Muzik Pra-Kemerdekaan

Buku ini menghimpunkan 20 skor muzik Melayu kontemporari yang sebelum ini pernah dihasilkan oleh beberapa komposer seperti Ahmad Jaafar, Ahmad Wan Yet, Yusof B dan P. Ramlee.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 12:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa skor muzik lagu-lagu pra-kemerdekaan tanah air telah digubah semula oleh komposer Ganesh Bala serta dihimpunkan menerusi sebuah buku, The Malayan Songbook.

Sebanyak 20 skor muzik Melayu kontemporari yang sebelum ini pernah dihasilkan oleh beberapa komposer seperti Ahmad Jaafar, Ahmad Wan Yet, Yusof B, P. Ramlee dan beberapa lagu tradisi Melayu telah dimuatkan di dalam buku ini.

Tidak hanya itu, ia juga dilengkapi dengan kajian terperinci, biografi dan penulisan tentang kisah di sebalik setiap lagu. Secara tidak langsung, ia membawa pendengar mengimbau sekilas zaman kegemilangan muzik dan hiburan Tanah Melayu.

The Malayan Songbook, yang diterbitkan oleh OUCH Music Academy, mengambil masa selama lima tahun penyelidikan, pemulihan audio, transkripsi dan susunan muzik sebelum dapat disiapkan sepenuhnya.

Menurut penerbit buku, Ushera Yusof, pengeluaran buku yang terbantut akibat pandemik COVID-19 ini dapat diteruskan dengan sokongan inisiatif PENJANA, Geran Pemulihan Industri Kreatif di bawah bidang Sastera dan Penerbitan, yang diselia oleh MyCreative Ventures.

"Dengan buku muzik ini, Ganesh Bala telah memberikan sumbangan dalam perjalanan muzik dan seni Malaysia, di mana ia akan dapat dimanfaatkan lagi apabila para pemuzik mempersembahkan lagu-lagu klasik ini,” kata Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz yang turut mencemar duli menyempurnakan acara pelancaran buku ini. 

Bukan itu sahaja, Ganesh Bala juga bercadang untuk menerbitkan jilid buku seterusnya dalam masa terdekat.

"Saya berharap, buku yang merangkumi intipati lagu-lagu Malaya pra-Merdeka yang digemari ramai ini boleh dinikmati dan dikongsi bersama generasi masa kini dan akan datang," katanya.

Buku The Malayan Songbook, boleh didapati di kedai buku terpilih seperti Kinokuniya, Borders dan Times Bookstore. - Getaran, 17 Mac 2022

Gambar: @ehhafishah

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 2 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 3 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 4 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN