web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seni Cetakan Jepun Pengubah Seni Global Kini Dipamerkan Di Malaysia

Pameran 'Imej Fotografi dan Bahan: Cetakan Jepun 1970-an' memaparkan ekspresi cetakan dari 1970-an yang membantu mengembangkan gerakan percetakan dunia seni kontemporari Jepun.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 11:35AM

Gambar: Laman web dan Instagram Japan Foundation Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar seni berpeluang menikmati hasil cetakan seni Jepun era 1970-an yang mengubah pemandangan seni global, menerusi pameran yang berlangsung di Aras 5, GMBB, Kuala Lumpur yang bermula pada 17 Jan lepas dan akan berakhir pada 27 Feb ini.

Bagi menarik kunjungan lebih ramai penonton, pameran bertajuk 'Imej Fotografi dan Bahan: Cetakan Jepun 1970-an' akan turut dipamerkan di Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dari 10 Mac hingga 8 April dan Galeri Seni Sabah, Sabah mulai April 18 hingga 18 Mei.

“Pameran itu memaparkan ekspresi cetakan dari 1970-an seperti dalam karya 14 artis yang membantu mengembangkan gerakan percetakan dunia seni kontemporari Jepun sejak 1970-an,” kata Yayasan Jepun di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.

Pameran itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu 'The Age of Photographic Images,' (Imej Fotografi Masa) memfokuskan penggunaan imej fotografi dalam media cetak dan 'Images of Autonomous Matter' (Imej Bahan Berautonomi) yang mempamerkan karya diperbuat menggunakan bahan seperti batu, kayu, kertas, kapas dan kepingan keluli, menurut kenyataan itu.

“Kesenian ini dicetuskan Tetsuya Noda, penerima Hadiah Utama Antarabangsa, edisi keenam Pameran Cetakan Dwitahunan Antarabangsa, pada 1968.

"Hasil tangan Noda mengubah potret fotografi keluarganya kepada cetakan membawa perubahan besar kepada dunia, mewujudkan persamaan antara trend dalam cetakan dan kesenian kontemporari, sambil memberi inspirasi dalam perkembangan masa depan bidang seni," tambah kenyataan itu.

Masuk adalah percuma dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Japan Foundation Kuala Lumpur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa