Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


IIAF2021 Tampilkan 50 Seniman Tempatan Dan Luar Negara

Bertempat di PORT, Ipoh, IIAF2021 yang bertemakan 'Budi: Pemanjangan Tradisi' yang diilhamkan daripada perkataan Sanskrit ‘Buddi’ ini menggunakan khidmat Bayu Utomo Radjikin sebagai Pengarah Artistik.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 4:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karya-karya seni visual moden dan kontemporari hampir 50 seniman tempatan dan luar negara bakal dipamerkan dan ditayangkan di Ipoh International Art Festival 2021 (IIAF2021) bertempat di PORT, Ipoh bermula dari 10 hingga 26 Disember ini. 

Festival kali kedua anjuran PORT ini dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui sokongan Tourism Malaysia dan Balai Seni Negara ini memaparkan konsep pameran terbuka di mana 80 peratus karya seni akan dipamerkan di halaman premis PORT. 

Pengurus Besar PORT merangkap Pengarah Festival IIAF2021, Nur Hanim Datuk Mohamed Khairuddin berkata, festival kali ini bertemakan Budi: Pemanjangan Tradisi yang diilhamkan daripada perkataan Sanskrit ‘Buddi’ dengan membawa maksud hampir serupa dengan 'untuk menyedarkan, sedar atau memerhati'. 

“'Budi' menekankan tentang sikap luhur, rendah diri, bijaksana dan nilai akhlak yang terpuji, yang ditunda oleh keupayaan naluri dan kognitif untuk memungkinkan satu-satu bentuk kesedaran dan keprihatinan terhadap manusia dan sekelilingnya,” katanya. 

Segmen pameran seni visual dikendalikan oleh Pengarah Artistik IIAF2021 Bayu Utomo Radjikin.

Seni visual kontemporari pula diwakili nama-nama besar seperti Raja Shahriman Raja Aziddin, Nor Tijan Firdaus, Ali Rahamad, Mad Anuar, Tengku Sabri Ibrahim, Sharmiza Abu Hassan, Yee I-Lann, Daud Rahim, Multhalib Musa dan Tetriana Ahmed Fauzi.

Bagi visual mapan pula, seramai lima orang seniman iaitu Ramlan Abdullah, Donald Abraham, Kim Ng, Aznan Omar dan Hilal Mazlan telah dilantik untuk menghasilkan karya arca/instalasi awam baru. 

Kesemua seniman-seniman ini telah pun memulakan kerja-kerja pengkaryaan istimewa untuk festival ini dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buluh, seramik dan bahan terpakai. 

Proses penyiapan karya Ramlan Abdullah
Proses penyiapan karya Ramlan Abdullah

Sementara itu, empat buah kolektif seni yang mengambil bahagian terdiri daripada Chetak 17 (Malaysia), Tumbuktikus (Malaysia), Kutub Tiga (Indonesia) dan Offshoot (Filipina).

Turut dipamerkan adalah karya video seni oleh Ezzam Rahman (Singapura) dan Archana Hande (India). 

Selain itu, pameran fotografi dijayakan seniman undangan Ronnie Bahari, Jefree Salim, Seth Akmal Hamdan, Khairel Anuar dan Selindang Seri a/p Seliman. 

Pelbagai bengkel menarik turut diadakan. Antaranya bengkel memasak, seramik, origami, ikebana, seni ukiran kayu dan corak wau serta syarahan seni yang menampilkan tokoh-tokoh seperti pengukir hulu keris Shaharuddin Man dan Adiguru Norhaiza Nordin.

Segmen program pendidikan seni untuk pelajar sekolah turut dijayakan Persatuan Pelukis Perak melalui Bengkel Doodle Batik dengan tiga kategori iaitu bagi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Terbuka pada 11 Disember 2021.

Ini diikuti dengan pertandingan Doodle Batik pada hari berikutnya. 

Persembahan konsert Projek Panggung: Orkestra Kuala Lumpur DBKL X PORT anjuran PORT dengan kerjasama DBKL menampilkan artis seperti Mus (Ex-MAY), Akhil Haiyy, Balok People, Leaism, Yonny Boii dan Endang Hyder yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pada 17 Disember ini, bermula jam 8.30 malam. 

Sebuah sesi perkongsian artis dan artisan negeri Perak akan dibuat sempena pelancaran Direktori Seni Visual dan Artisan Perak yang dihasilkan penyelidik seni,  Dr. Nicole Chang.

Segmen ini menampilkan seniman Husin Hourmain, Kapten Jack, Tan Vooi Yam dan Lee Lin Chee pada hari terakhir festival, Ahad, 26 Disember 2021. 

Pada bahagian malamnya pula, ada persembahan muzik oleh kugiran-kugiran yang ditampilkan di dalam album kompilasi Kopi Sechewen Vol. 4 oleh Bodysurf Music seperti Raksar, Hem dan Lovethee akan menutup tirai festival. 

Kemasukan adalah percuma bagi semua program  festival ini dengan syarat pematuhan SOP yang telah ditetapkan KKM seperti mewajibkan dua dos vaksin dan pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial. 

IIAF2021 turut mendapat kerjasama daripada Japan Foundation Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Ipoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Tourism Perak.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi pautan program di laman media sosial PORT. Ikuti laman Facebook Ipoh International Art Festival untuk maklumat terkini berkenaan IIAF2021. - Getaran, 10 Disember 2021

Gambar: PORT Ipoh

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah