web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Galeri G13 Terus Teguh Pamerkan Seni Visual Seniman Muda Dan Senior 

Galeri G13 kini mempamerkan karya seni Jolly Koh, Datuk Sharifah Fatimah, Datuk Tajuddin Ismail dan Awang Damit Ahmad menerusi pameran 'The Modern Across Generations' yang berakhir pada 15 Disember nanti.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 1:22PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula sebagai sebuah platform untuk seniman muda berkarya dan mempamerkan karya seni mereka, siapa sangka Galeri G13 kini sudah menjadi sebuah jenama yang kukuh dalam pasaran dan industri seni visual. 

Bahkan, sepanjang beroperasi lebih 11 tahun, Galeri G13 bukan sahaja telah berjaya menganjurkan lebih daripada 140 pameran seni, tetapi juga bekerjasama dengan lebih 250 seniman tempatan dan luar negara. 

Tidak hanya setakat itu, Galeri G13 juga sering terlibat dengan pameran-pameran seni di luar negara dan sering membawa artis tempatan dan karya-karya mereka di sana bahkan melalui kerjasama dengan dengan galeri-galeri dari luar pula, karya-karya artis luar turut dipamerkan di sini. 

Gambar: Galeri G13
Gambar: Galeri G13

Namun, mengusahakan sebuah galeri seni bukanlah suatu tugas yang mudah. Hal ini diakui pemilik Galeri G13, Kenny Teng. 

Ditemui Portal Getaran, Kenny berkata, sebagai pengusaha galeri, kita bukan saja perlu bekerjasama dengan barisan artis, tetapi juga mencari pembeli atau penggemar seni. 

“Tugas kita tidak ubah seperti orang tengah yang membantu meningkatkan kesedaran seni untuk artis dengan pembeli atau penggemar seni ini. 

“Jadi keseluruhan proses itu mengambil masa yang cukup lama. Daripada mula membina asas tapaknya, mendapatkan karya-karya yang bagus sehinggalah mendapat sokongan daripada pembeli dan pengumpul karya,” kata bekas arkitek yang dilahirkan di Raub, Pahang ini. 

Kenny meminati seni visual sejak di bangku sekolah.
Kenny meminati seni visual sejak di bangku sekolah.

Kesukaran lain, kata Kenny, adalah dari sudut pasaran seni visual yang amat kecil serta mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Persaingan memang ada tetapi ia tidaklah sehebat negara luar. Galeri-galeri yang aktif pun tidak lebih daripada 50 buah. 

“Aktif dalam konteks yang saya maksudnya ini adalah yang sering mengadakan pameran serta aktiviti seni. 

“Namun, apa yang menarik, setiap galeri seni ada tarikan dan keunikannya sendiri. Malah, mereka juga mempunyai kerjasama dengan artis-artis mereka sendiri. 

“Secara tidak langsung, setiap galeri ini akan tampil dengan produk atau jenama yang berbeza dan itulah perkara-perkara yang membezakan setiap galeri seni,” katanya yang cukup meminati seni visual sejak di bangku sekolah lagi. 

Galeri G13 sentiasa membuka ruang kepada karyawan muda dan senior mempamerkan karya mereka.
Galeri G13 sentiasa membuka ruang kepada karyawan muda dan senior mempamerkan karya mereka.

Kecintaan yang mendalam terhadap seni, kebolehan untuk melukis walaupun bukan sebagai pengkarya yang serius dan pengumpul seni dalam skala kecil menjadi penyumbang utama yang mendorong Kenny membuka galeri ini. 

“Setiap pemilik galeri perlu tahu selok-belok seni dan media-media yang digunakan di dalam bidang ini. Minat dan pengetahuan yang ada ini banyak membantu untuk saya mengusahakan galeri. 

“Disebabkan minat mendalam dan pulangan yang agak bagus, saya mengusahakan galeri ini secara sepenuh masa,” katanya. 

Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan sokongan serta tajaan daripada kerajaan dan badan-badan korporat, Kenny akui sering menyertai atau menganjurkan program seni melalui inisiatif dan dana sendiri.

“Sebelum wujudnya pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu bermula dari 2014, kita sering mengadakan pameran di luar negara menerusi kerjasama dengan galeri-galeri di sana.  

“Kita juga sering mengikuti pameran seni dalam skalabesar di lima atau enam lokasi berbeza setiap tahun. Selalunya kita akan menyertai pameran seni ini di Bangkok, Korea, Singapura, Manila dan Taiwan. 

“Dari sinilah kita membuat cross exhibition iaitu dengan membawa artis kita ke sana dan artis luar ke sini untuk mempamerkan karya-karya mereka,” katanya. 

Sebahagian karya yang dipamerkan di Galeri G13
Sebahagian karya yang dipamerkan di Galeri G13

Sewaktu PKP pertama dilaksanakan kerajaan, Kenny memaklumkan mereka terpaksa menggunakan cara yang lain untuk memastikan Galeri G13 terus aktif mempamerkan karya-karya seni visual. 

“Kami banyak membuat program-program secara virtual. Apabila artis-artis tidak mempunyai bahan-bahan untuk berkarya, saya minta mereka berkarya menggunakan bahan selain kanvas. 

“Hasilnya, ada yang melukis atas papan kayu, papan tanda, tong gas dan sebagainya. Ia mendapat sambutan yang baik,” katanya. 

Galeri G13 yang diambil nama sempena alamat galeri ini juga sudah mula membuka ruang dan kerjasama dengan artis-artis senior dengan mempamerkan karya mereka di sini. 

“Antaranya, Jolly Koh iaitu satu-satunya artis senior berusia 80 tahun. Lukisannya yang paling mahal bernilai RM160,000,” katanya. 

Galeri G13 kini sedang mempamerkan karya seni Jolly Koh bersama Datuk Sharifah Fatimah, Datuk Tajuddin Ismail dan Awang Damit Ahmad menerusi pameran The Modern Across Generations bermula 1 hingga 15 Disember ini. 

Anda boleh mengikuti perkembangan Galeri G-13 di Instagram @g13.gallery atay lawam sasawang mereka, www.g13gallery.com.

Gambar: Sairien Nafis kecuali yang dinyatakan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Warna Warni Hari Penamaan Calon PRN 2023

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Isu Mentega Terbang: SENIMAN Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Diambil Terhadap Penerbit Dan Pengarah 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 7 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...