web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Mentega Terbang: SENIMAN Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Diambil Terhadap Penerbit Dan Pengarah 

“Laporan polis  itu dibuat ke atas pihak yang  menerbitkan filem ini iaitu Meng Keng Entertainment, penerbit Tan Meng Keng dan terhadap pengarahnya, Khairi Anwar kerana ini cerita asal miliknya,” - SENIMAN

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:35PM

Mohd Hafiz berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis berkenaan filem yang didakwa menghina agama Islam serta kandungan berbaur hasutan secara terbuka dalam beberapa babak filem berkenaan. - Gambar SENIMAN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjalankan siasatan terperinci terhadap penerbit, pengarah serta penulis skrip filem ‘Mentega Terbang’.

Setiausaha Agung SENIMAN, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis berkenaan filem yang didakwa menghina agama Islam serta kandungan berbaur hasutan secara terbuka dalam beberapa babak filem berkenaan.

“Laporan polis  itu dibuat ke atas pihak yang  menerbitkan filem ini iaitu Meng Keng Entertainment, penerbit  Tan Meng Keng  dan terhadap pengarahnya,  Khairi Anwar kerana ini cerita asal miliknya.

“Hal ini sangat penting kerana, ia seolah-olah mempermainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembangan Malaysia.

“Selain itu, SENIMAN menganggap filem ini menghina  dan menghasut rakyat Malaysia supaya bertukar agama. Perkara ini merupakan perkara yang amat salah,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Jelas Hafiz lagi, pihak berkuasa harus menjalankan siasatan terperinci di bawah Akta Hasutan 1948 dan memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melakukan siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

“SENIMAN beranggapan bahawa filem itu tidak wajar ditayangkan di dalam mana-mana platform di negara ini dan harus diambil tindakan,”katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, SENIMAN akan mengutus surat kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berhubung perkara itu.

“Saya akan hantar laporan ini secara peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sekarang ia di bawah bidang kuasa polis, jadi kita mahu kementerian berkenaan melihat isu ini secara serius kerana Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan polis juga di bawah KDN.

“Jadi, kita ambil pandangan daripada timbalan menteri dahulu, tengok apa dia cakap. Surat ini juga akan dihantar kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil,” ujarnya.

Menurut Hafiz lagi, SENIMAN juga akan menyenaraihitamkan  penerbit dan pengarah filem Mentega Terbang daripada  persatuan mereka. 

“Keputusan untuk menyenarai hitamkan  pihak penerbit serta pengarah filem ini akan dibuat menerusi satu  mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Jadi kita harap hukuman yang lebih berat akan diberikan oleh pihak berkuasa, supaya ia menjadi satu pengajaran kepada orang yang ingin menggoyahkan perpaduan negara ini melalui filem-filem seperti ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai platform penstriman Viu yang menayangkan filem terbabit, Hafiz menjelaskan, tiada laporan polis dibuat terhadap syarikat itu.

Sebaliknya, Seniman akan menulis surat kepada Viu agar lebih berhati-hati dalam menyiarkan kandungan drama atau filem  terutama yang mengaitkan agama.

Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platform penstriman video Viu itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam berikutan beberapa babak yang didakwa bertentangan fahaman serta kepercayaan agama. – Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.