web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wayang Kulit Dengan Gabungan ‘Virtual Reality’ Bakal Dipentaskan!

Pementasan 'Wayang:Sakti' menggunakan konsep sinematik dengan gabungan 'motion capture' dan 'virtual reality' agar sesuai dengan peredaran masa.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 8:36AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istana Budaya bakal membawakan sebuah persembahan wayang kulit Kelantan dengan gabungan teknologi virtual reality dalam pementasan yang bakal berlangsung hujung minggu hadapan. 

Pementasan bertajuk Wayang:Sakti itu menggunakan konsep sinematik dengan gabungan motion capture dan virtual reality agar ia sesuai dengan peredaran masa. 

Idea segar itu dijelmakan sebaik mungkin oleh Mohamad Mahadzir bin Mohamad Hanafiah, yang juga merupakan pengarah teknikal untuk pementasan kali ini. 

“Ada dua teknologi yang kita cuba bawakan untuk Wayang:Sakti iaitu motion capture dan virtual reality. Idea ini lahir untuk memberi nafas baharu dan melengkapkan keseluruhan persembahan.

“Teknologi inilah yang akan memberi nilai tambah kepada pementasan kali ini.

“Sudah tentu kami berhadapan dengan beberapa cabaran seperti bagaimana untuk memastikan teknologi ini sesuai dengan jalan penceritaan.

“Ini kerana pementasan ini ialah persembahan yang interaktif. Ia memerlukan gabungan antara teknologi dan Tok Dalang yang menjadi elemen penting wayang kulit,” jelasnya. 

Menurutnya lagi, pasukan mereka mengambil masa selama dua hingga tiga minggu untuk melengkapkan persembahan kali ini.

“Diharap semasa ia dipentaskan, persembahan ini mempunyai 'roh' untuk dirasai penonton,” tambahnya. 

Wayang:Sakti yang dipentaskan dalam konsep spektra ini menceritakan tentang Putera Sakti Kenchana dan Puteri Rakna Dewi di atas Jong Suluk menuju balik ke negeri Petala Timur.

Sebelum berangkat, ayahanda Raja Besar berpesan agar berhati-hati apabila melalui kawasan Teluk Mati Angin Pulau Mati Anak. 

Malangnya semasa jong menyusur ke perairan itu, Putera Sakti Kenchana beradu, seluruh jong telah dijampi oleh Jin Hitam Sangduja. Puteri Rakna Dewi telah diculik oleh Jin dan dibawa ke Gua Singa Malim. Perbuatan jahat Jin itu dilihat oleh sang Kera Belira Indera.

Wayang:Sakti bakal dipentaskan pada 19 dan 20 November 2021 jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket dijual bermula pada harga RM20 hingga RM80 di laman Istana Budaya

Selain itu, Istana Budaya turut mengadakan konsert Gema Gangsa yang menampilkan konsep gamelan Melayu tradisional dan kontemporari. 

Ada lagu yang diberi nafas baharu namun tidak menghilangkan nilai estetika muzik gamelan.

Antara artis yang akan memeriahkan konsert itu nanti ialah Wan Salmah, Ella, Naqiu dan ramai lagi. 

Pengunjung yang ingin hadir mestilah lengkap dua dos vaksin dan memakai pelitup muka sepanjang persembahan. Penonton berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh penjaga yang telah divaksin. 

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 27 dan 28 November dan tiket dijual bermula daripada harga RM78 hingga RM108 di laman Istana Budaya.

Pembayaran tiket yang ditempah boleh dilakukan secara tunai di Kaunter Box Office Istana Budaya bermula 15 November ini. - Getaran, 11 November 2021

Gambar: Istana Budaya

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Istana Budaya Catat Kutipan RM6.144 Juta Pada 2022

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 Jadi Pementasan Kali Pertama Di Istana Budaya Setelah 2 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN