Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Umur Bukan Penghalang Berkarya, Ini Buktinya!

Profesor Abdul Hamid antara pelukis Gene8 yang terlibat dalam pameran 'Seni - Sebuah Perjalanan Mengekspresi' bertempat di pusat beli-belah One Utama.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 4:38PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kali terakhir saya melukis waktu tingkatan empat. Sekarang, umur sudah 73 tahun, barulah saya kembali melukis,”

Demikian kata pelukis Profesor Abdul Hamid Mohamed bersahaja ketika kami berjalan mengelilingi The Ledge Art Gallery. Penulis terdiam seketika memandangnya seperti tidak percaya.

“Maksudnya, prof kembali memegang berus lukisan semasa pandemik bermula dua tahun lalu?” tanya penulis. 

Dia mengangguk. 

“Saya belajar bidang kewartawanan, bukannya memiliki latar belakang seni lukisan atau apa-apa. Bak kata orang, belajar sendiri. Apabila kembali melukis dulu banyaklah silap. Kadang-kadang saya salah beli berus, salah beli cat. Mujurlah ada kawan-kawan yang boleh dijadikan tempat bertanya,” ceritanya.

Abdul Hamid merupakan antara pelukis Gene8 yang terlibat dalam pameran berjudul 'Seni - Sebuah Perjalanan Mengekspresi' bertempat di pusat beli-belah One Utama. Hasil lukisan yang dijual pula bakal disumbangkan kepada Persatuan Stroke Malaysia (NASAM) bagi meringankan beban mereka. 

Antara pelukis yang turut terlibat dalam pameran kali ini ialah Alias Yussof, Badrulzzaman, Burhanuddin Bakri, Hafidz Musa, Jamil Mat Isa, Khainifa Khalila dan Taufik Abdullah. Masing-masing membawakan teknik dan juga cara pandang berbeza melalui lukisan mereka.

Manakala bagi Abdul Hamid, dia lebih cenderung memilih tema alam semula jadi. Sebab itulah lukisannya sangat dekat bercerita tentang alam seperti pantai, tasik, pokok, pagi dan senja. 

“Misalnya, lukisan ini saya menceritakan tentang pagi. Ada sesuatu tentang pagi di mana ia seolah-olah memberikan kita harapan,” katanya yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pensyarah juga merupakan individu terawal yang menubuhkan stesen televisyen swasta, TV3 di Malaysia.

Kami beralih kepada lukisannya yang lain. Istimewa semasa melukiskan gambar tasik ini, Abdul Hamid menggunakan sikat. 

Bercerita tentang ilham pula, lukisan yang dihasilkan kadangkala merujuk kepada beberapa keping gambar kemudian digabungkan dengan ideanya sendiri. Bukan itu sahaja, kadangkala lukisan yang hendak dihasilkan itu memang datang daripada imaginasinya sendiri. 

“Lukisan yang saya hasilkan bergantung kepada gambar-gambar yang saya lihat dan juga menggunakan daya imaginasi saya. Misalnya, semasa melukis langit, ada yang diambil daripada gambar yang pernah saya lihat. Namun ada juga yang saya hasilkan 100 peratus berdasarkan kepada daya imaginasi saya,” terangnya yang sudah pun menjual beberapa hasil karyanya di laman sosial.

Walaupun tidak memiliki apa-apa kelulusan dalam jurusan seni, Abdul Hamid berkata menjadi seorang pelukis tidak jauh berbeza dengan bergelar wartawan.

“Sebagai wartawan, jika kita menulis terlalu banyak, kita akan berpotensi berdepan dengan kesalahan yang banyak. Jadi, kita harus cermat memilih perkataan.

“Begitu juga dengan melukis. Ia memerlukan skil dan kreativiti tertentu. Contohnya, dari aspek pemilihan warna.  Kedua-duanya harus tepat. Jika wartawan memilih subjek, melukis juga begitu. Kedua-duanya harus tepat,” tambahnya lagi.  

“Datanglah untuk melihat, membeli dan beramal. Sumbangan kita dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Jika anda tak beli pun tak apa. Marilah melawat ke galeri ini untuk menghayati seni,” katanya menutup temuramah.

Pameran lukisan ini masih lagi berlangsung sehingga 31 Oktober ini. Ia dibuka pada jam 11 pagi. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 11 bulan yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

2

Semasa 11 bulan yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

3

Selera 1 tahun yang lalu

Baulu Gulung Dan Tart Keju Farah Zulaika 'Wowkan' Pelanggan Dengan Warna, Lakaran

4

TARA 1 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 13 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran