web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Opera Menjadi Penyelamat Pesakit COVID-19

Kesan virus COVID-19 pada tubuh badan memang sudah diperkatakan sejak tahun lalu. Di England, pakar nyanyian opera dan perubatan berpadu tenaga untuk membantu para bekas pesakit COVID-19 di sana.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 6:35PM

Gambar: Tangkapan Layar 'English National Opera' dan YouTube©- Studio ETX

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah COVID-19 melanda pada awal 2020 hingga kini, soalan yang sering muncul di perbualan orang ramai adalah apakah cara lain untuk membantu memulihkan pernafasan pesakit COVID-19 selain daripada ubat-ubatan yang sedia ada.

English National Opera (Opera Kebangsaan Inggeris) dan Imperial College Healthcare NHS Trust telah berpadu tenaga dan menubuhan Program ENO Breathe. Program ini adalah untuk membantu pesakit-pesakit COVID-19 yang telah pun sembuh tetapi masih mengalami sakit dada, keletihan, sesak nafas dan kabus otak (brain fog).

Satu ciri menarik tentang program ini adalah ia merupakan kerjasama dan kolaborasi antara pakar perubatan dan ahli muzik terutamanya pakar vokal. Program ini memberi latihan pernafasan melalui nyanyian opera selama enam minggu. Mungkin ada yang tertanya, apa keistimewaan opera dan apa kaitannya dengan pernafasan. 

Nyanyian opera memberi perhatian kepada teknik pernafasan dan postur badan. Teknik ini memerlukan penggunaan sebahagian besar paru-paru dan mengajar cara tarikan pernafasan yang betul. Justeru itu, ia dapat membantu masalah sesak nafas serta membantu menangani kegelisahan.

Pada awalnya, dua belas pesakit diambil antara bulan September hingga November untuk menyertai program rintis ini selama enam minggu. Mereka merupakan pesakit yang mempunyai simptom sesak nafas dan kegelisahaan yang berterusan sejak jangkitan awal COVID-19.

Setelah sesi konsultasi bersama pakar vokal, mereka berkongsi tentang pengalaman mengenai penglibatan dalam program ini dan juga penyakit COVID-19. Sesi dalam talian secara berkumpulan dilakukan setiap minggu untuk melatih peserta-peserta tentang kawalan pernafasan serta pengurusan pernafasan dan kegelisahan.

Peserta-peserta program ini melatih teknik pernafasan dan nyanyian mereka dengan menggunakan pendekatan yang mencerminkan teknik yang digunakan oleh penyanyi opera. Lagu kanak-kanak atau lullaby menjadi titik permulaan latihan.

"Nyanyian lullaby dapat membina hubungan emosi dengan aktiviti seharian seseorang. Ini sangat penting kerana ia dapat mewujudkan emosi positif bagi membantu mengurus kesihatan mereka. Program ini juga menunjukkan bahawa latihan yang diberi berkesan, bermakna dan berguna, “ kata Suzi Zumpe, pakar nyanyian dan pengarah kreatif ENO Breathe.

Peserta-peserta juga dilengkapkan dengan latihan dan rujukan supaya mereka dapat menggunakan teknik ini secara praktikal dalam kehidupan seharian. Sumber rujukan yang diberi adalah seperti muzik lembaran yang boleh dimuat turun, rakaman video yang dirakamkan di pentas utama English National Opera dan juga senarai lagu yang menenangkan.

Menjelang akhir program ini, peserta melaporkan peningkatan dalam kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sebilangan besar daripada mereka (90 peratus) menunjukkan peningkatan positif dalam pernafasan dan 91 peratus merasakan tahap kegelisahan mereka telah menurun. 

"Saya tidak menyangka menyanyi Opera dapat membantu meningkatkan pemulihan saya daripada COVID-19. Ia benar-benar membantu saya secara emosi dan fizikal," kata Ludmila, yang mengambil bahagian dalam program ini.

Sesi dalam talian ini juga dapat mengurangkan pengasingan antara pesakit-pesakit dan memberi penyedaran bahawa pentingnya untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang memberi sokongan. 

Program ini kini diperluaskan ke klinik pascaCOVID-19 di serata England secara percuma bagi sesiapa sahaja yang dirujuk oleh doktor. English National Opera berhasrat untuk  mendapat penyertaan daripada 1000 peserta untuk mengikuti program ENO Breathe bagi fasa seterusnya.

"Semasa kami terus menangani peningkatan kes baru COVID-19 di United Kingdom, kami juga perlu mengingati penderitaan kesan penyakit COVID-19 yang dihidapi oleh pesakit-pesakit. Sesak nafas yang berterusan melemahkan badan dan boleh membuat seseorang berasa takut. Kami berharap program ini dapat sokongan orang ramai terutamanya pesakit COVID-19. Kami juga berharap program ini dapat diperluaskan dan dilancarkan di seluruh negara," kata Dr Sarah Elkin, pakar pernafasan di Imperial College NHS Trust.

Sokongan berterusan juga diberi kepada peserta-peserta ENO Breathe walaupun setelah program ini tamat. Rujukan dan sumber digital yang sedia ada pada laman web dapat membantu mereka untuk terus mengurus pemulihan mereka secara berterusan. - Studio ETX, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...