web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Baca Ini Dahulu Sebelum Anda ke 'BTS Pop-Up store'

Buat pertama kalinya sebuah kedai berkonsepkan sementara menjual barangan eksklusif kumpulan Korea terkenal, BTS menemui anda di Malaysia.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 6:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini kegilaan yang berjaya dicetuskan gelombang Hallyu dari Korea Selatan apabila setiap budayanya menjadi ikutan dan perhatian masyarakat dari seluruh dunia. 

Populariti dunia hiburan di sana meledak dengan sangat dahsyat menyebabkan tidak hanya makanan, fesyen malah artis mereka menerima tempias serupa. 

Kumpulan K-pop terkenal BTS antara yang mencuri perhatian apabila mendapat tontonan tertinggi setiap kali video muzik terbaharu dimuat naik. Ia  mula meraih populariti setanding selebriti gred A di Hollywood. Mana tidaknya, kelab peminatnya yang digelar ARMY menjadi antara yang paling berpengaruh di dunia. 

Kini, buat pertama kalinya di Malaysia, sebuah kedai menjual barangan cenderahati ARMY dibuka di Malaysia. Ia terletak di pusat beli-belah 1Utama. Memandangkan ia kedai yang berkonsep sementara, maka ia hanya akan dibuka selama beberapa bulan sahaja. 

Vaksin lengkap

Kedai BTS ini hanya menerima kunjungan mereka yang sudah mendapat dua dos vaksin lengkap sahaja. Setibanya di sana, anda perlu mengimbas kod khas untuk menunggu giliran. Anda akan menerima SMS sekiranya giliran anda sudah tiba. 

45 minit sahaja

Bagi menjaga penjarakan sosial, hanya 30 pelanggan dibenarkan berada di dalam kedai dalam satu masa. Ia dibezakan dengan warna gelang tangan yang diberikan kepada anda. Setiap pengunjung pula hanya dibenarkan untuk berada di dalam kedai maksimum  45 minit sahaja.

300 produk dan barangan BTS

Kedai ini menawarkan 300 produk dan barangan eksklusif  termasuk pakaian, aksesori, beg, dompet, poster dan alat tulis. Ia dicetak dengan logo khas BTS. 

Kami difahamkan, banyak barangan habis disambar ARMY minggu pertama kedai itu dibuka terutamanya hoodie dan kemeja-T yang dijual dengan kuantiti terhad. 

Jika terdapat kesalahan semasa pembelian, laporan hendaklah dibuat pada hari sama barangan dibeli. Jika stok sudah habis, mereka akan memberikan pulangan wang kepada anda.

Negara kelima dipilih untuk lokasi BTS pop-up store

Malaysia merupakan negara kelima yang dipilih untuk menjual barangan BTS selepas Korea Selatan, Jepun, Singapura, Filipina dan Thailand. 

Dekorasi mengikut lima zon berbeza

Masuk sahaja kedai ini, anda seolah-olah melewati lima zon berbeza iaitu zon semasa album Skool Luv Affair diikuti zon Magic Door yang menjual barangan animasi mereka, zon Disco membawakan aura lagu Dynamite, zon Black Swan dengan sepasang sayap neon di dinding dan zon Led menayangkan lagu hit BTS di skrin.

Berakhir pada 2022

Memandangkan kedai ini berkonsep sementara, maka  ia hanya akan dibuka sehingga 31 Januari 2022. 

Jadi, jika berminat untuk membeli barangan idola kesayangan anda, pastikan anda mematuhi syarat yang ditetapkan. Kami cadangkan anda datang seawal mungkin kira-kira jam 10 pagi bagi mengelakkan menunggu lama. 

Selamat membeli! - Getaran, 16 September 2021

Gambar: 1 Utama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN