web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebangkitan Sukan 'Street Hockey' Di Brunei

Sukan 'street hockey' atau 'roller hockey' muncul kembali di Brunei Darussalam selepas kebangkitan awalnya pada tahun 90-an. Mari kenali sukan menarik ini!

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 9:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukan roller hockey atau street hockey merupakan sukan yang menyerupai hoki biasa namun memerlukan penggunaan kasut roda atau inline skate.

Sukan yang memerlukan pergerakan dan permainan yang pantas ini bukanlah sesuatu yang baru dimainkan bahkan ianya popular dalam kalangan anak-anak muda pada awal tahun 90-an. 

Dengan kemunculan semula sukan tersebut di Brunei Darussalam setelah ianya sunyi selama 20 tahun, street hockey telah mendapat banyak perhatian dalam kalangan anak-anak muda masa kini yang meminati sukan yang mencabar ini.

Dimainkan di atas kawasan lapang dengan permukaan yang keras, sukan tersebut mempunyai banyak persamaan dengan sukan hoki ais.

Walaupun nampak mudah, sukan ini memerlukan kemahiran bukan sahaja untuk mengekalkan keseimbangan badan pabila meluncur dengan pantas menggunakan kasut roda bahkan memerlukan pengetahuan asas untuk mengawal bola sambil memegang kayu hoki. 

Haji Ashadi Haji Ajimain salah seorang pemain sukan tersebut ketika ditemui mengongsikan kemeriahan sambutan sukan tersebut pada tahun 90-an.

“Sambutan sukan street hockey ini sangat memberangsangkan pada ketika itu dan apabila filem The Mighty Duck dilancarkan, pada waktu itulah, semakin bertambahnya peminat sukan street hockey.’’

“Saya juga sangat terkejut dan teruja kerana sukan tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan walaupun baru diperkenalkan kembali,’’ tambahnya.

Menurutnya lagi, pada zaman 90-an, beberapa perlawanan kerap diadakan dengan menggunakan kawasan seperti tempat-tempat lapang berhampiran Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Walaupun sukan tersebut dimainkan dengan cara yang berbeza, namun peraturannya sangat mirip dengan sukan hoki biasa. Dalam perlawanan, setiap pasukan terdiri daripada lima pemain termasuk penjaga gol. Semasa dalam permainan, pemain cuba memukul bola atau memasukkan gol jaringan lawan.

Segelintir peminat sukan ini berganding bahu untuk mengembalikan kembali getaran sukan tersebut dengan memberikan bimbingan dan memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburinya. 

“Kami menyediakan segala peralatan-peralatan keperluan sukan tersebut bagi mereka yang ingin mencuba. Kami juga memberikan latihan secara percuma dengan harapan akan dapat menaikkan lagi sambutan dan menarik minat orang ramai kepada sukan street hockey di negara ini,’’ tambah Haji Ashadi.

Sebagai inisiatif dan usaha untuk mengembalikan minat kepada sukan tersebut, beberapa pemain-pemain lagi telah berjaya di kumpulkan untuk membantu dalam  memberikan latihan kepada para pemain baru dengan harapan agar street hockey dapat dibawa ke peringkat kebangsaan.

Dalam keghairahan membuat sukan yang trending pada ketika ini, aspek keselamatan tetap juga harus dijaga.

Bagi mereka yang berkeinginan menceburi sukan yang lasak seperti street hockey, hendaklah memastikan diri dalam keadaan yang sihat dan memakai alat pelindung diri serta sentiasa bermain dalam keadaan terkawal dan di tempat yang selamat. - Getaran, 15 Ogos 2021

Semua gambar: Azizi Ahmad

Isu Pada

Whulandary – Puspa Bangsa Di Bumi Malaysia

14 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

KL Tower International Jump kembali dianjurkan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Diterjemah Ke Empat Lagi Bahasa Termasuk Tamil

3

TARA 4 tahun yang lalu

Cabar Diri Atasi Gayat, Dorong Suzana Ceburi Sukan Luncur Udara

4

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Bersama Rizal Rasid

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar