Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Cabar Diri Atasi Gayat, Dorong Suzana Ceburi Sukan Luncur Udara

Suzanaeirne Zamri@Zambri ialah seorang gadis yang takutkan ketinggian, namun kini beliau bebas terbang di udara menerusi sukan ekstrem luncur udara atau 'paragliding'.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 2:54PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada awalnya Suzanaeirne Zamri@Zambri merupakan seorang gadis yang takutkan ketinggian, namun kini beliau bebas terbang di udara menerusi sukan ekstrem iaitu luncur udara atau paragliding.

Suzanaeirne, 23, atau mesra dipanggil Suzana berkata minat menceburi sukan luncur udara timbul apabila beliau begitu cemburu melihat paraglider lain menikmati sukan tersebut, sekali gus ingin membuktikan bahawa dirinya juga mampu meluncur seperti mereka.

Pemegang Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak itu berkata sejak beliau menaiki tandem, iaitu paragliding dua orang dengan ‘pilot’ paragliding menerbangkannya di Bukit Maras, Terengganu dua tahun lepas lalu mula jatuh hati terhadap sukan itu.

“Saya sememangnya seorang yang aktif bersukan sebelum kenal dengan sukan lasak ini. Saya baharu sahaja hendak menjinakkan diri dalam sukan ini namun kehadiran pandemik COVID-19 menyebabkan latihan saya terbatas,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengimbau tujuannya menjalani latihan berkaitan sukan berisiko tinggi tersebut, Suzana berkata beliau mahu menambah baik kecekapannya supaya dapat melakukan aksi itu di pelbagai negara, kerana sukan lasak tersebut dikenali di seluruh dunia.

“Saya berpeluang menjalani latihan dalam sukan paragliding selama sembilan hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir 2019 di bawah kendalian Prosky Academy Malaysia, Negeri Sembilan iaitu sebuah akademi paragliding di negara ini,” katanya.

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Suzana berkata pada awalnya beliau memilih untuk menjalani latihan di Malaysia, tetapi semasa menyatakan hasrat untuk terlibat dalam sukan tersebut, akademi berkenaan mengadakan kem latihan di UAE sekali gus memberikan dirinya peluang untuk mempelajari sukan itu di negara berkenaan.

Beliau berkata pengalaman sembilan hari itu memberi manfaat kepadanya, kerana dapat mempelajari sukan tersebut di tempat dan cuaca berbeza.

“Semasa di UAE, saya bermula dengan ‘zero basic’ di kawasan padang pasir. Apabila tamat latihan dan pulang ke tanah air, perbezaannya di sini (Malaysia) terdapat banyak pokok dan bukit yang merupakan cabaran dalam meluncur,” katanya.

Menurut Suzana, beliau gayat apabila berada di tempat tinggi dan mencabar dirinya untuk menangani ketakutan itu, hingga mendorongnya berkecimpung dalam sukan berkenaan.

 “Pada waktu itu saya tidak terfikir untuk terbang secara solo, kerana saya ada masalah takut terhadap ketinggian. Saya pergi ke empat tapak paragliding di dalam negara dan dari situ timbul kelainan untuk cuba menyertai paragliding, serta mahu jadi seorang daripada mereka (paraglider lain),” katanya.

Suzana yang merupakan seorang pengurus acara berkata komitmennya dalam sukan paragliding pada masa ini hanyalah sekadar separuh masa, kerana beliau mahu menumpukan kerjayanya sekali gus memastikan minatnya dalam sukan itu dan kerjanya seimbang.

“Tiada yang mustahil bagi seorang wanita untuk berjaya dalam sukan paragliding ini yang merupakan satu daripada sukan ekstrem di dunia,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

KL Tower International Jump kembali dianjurkan

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Menara Alor Setar Perkenal Tarikan Baharu Untuk Peminat Sukan Ekstrem

3

TARA 1 tahun yang lalu

Orkid Jamilah Popularkan Sukan Luncur Udara Di Malaysia

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Ruang Angkasa Manggatal Gamit Peminat Luncur Udara

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok