Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Orkid Jamilah Popularkan Sukan Luncur Udara Di Malaysia

“Dia adalah individu yang punya peranan besar dalam sukan luncur udara di Malaysia. Bermula dengan minat, dia akhirnya terbang tinggi dan mampu tersenyum bangga dengan pencapaian yang diperolehi setelah melalui pelbagai cabaran dan halangan.”

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 4:00PM

Orkid Jamilah bersama suaminya, Kapt (b) Ikhwan Azillah - Gambar ihsan Orkid Jamilah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertama kali bertemu mata dengan susuk-tubuh ini, adalah kira-kira 10 tahun yang lalu. Atas urusan kerja kerana ketika itu saya begitu teruja untuk mencuba dan mengetahui pengalamannya tentang sukan luncur udara atau spesifiknya paragliding.

Pada waktu itu, mencari orang-orang yang terlibat dalam sukan ini di Malaysia, bukanlah satu perkara mudah kerana ia masih asing di kalangan orang-orang kita.

Untuk merealisasikan hasrat hati, saya mengambil masa beberapa bulan bertanya ke sana-sini. Tiba-tiba suatu hari ada rakan wartawan yang mengajak saya untuk turut serta membuat liputan tentang sukan paragliding di Bukit Jugra, Banting, Selangor.

Pucuk dicita ulam mendatang, ajakan itu saya sambut dengan gembira dan tugasan inilah yang mempertemukan saya dengan Orkid Jamilah Awang, 55 atau mesra disapa sebagai Kak Orkid.

 Orkid Jamilah bertanggungjawab memperkenalkan dan mempromosikan sukan luncur udara di Malaysia
Orkid Jamilah bertanggungjawab memperkenalkan dan mempromosikan sukan luncur udara di Malaysia

Pertama kali bertemu dengan Kak Orkid saya begitu kagum dengan wanita ini. Daripada pengalaman yang dikongsi, dia bukanlah calang-calang orang biarpun hanya bertubuh kecil. Pengalamannya dalam sukan luncur udara bukan sedikit, banyak yang telah dilakukannya demi memperkenalkan sukan ini di kalangan rakyat Malaysia.

Atas sebab itulah, kali ini saya mahu berkongsi cerita tentang Orkid Jamilah kepada pembaca Getaran. Wanita ini adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan mempromosikan sukan luncur udara di Malaysia.

Bahkan, dia juga adalah individu yang bersusah-payah menubuhkan Persatuan Luncur Udara Malaysia pada Julai 2001.

Orkid berjaya mendapat student pilot licence daripada Royal Selangor Flying Club - Gambar ihsan Orkid Jamilah
Orkid berjaya mendapat student pilot licence daripada Royal Selangor Flying Club - Gambar ihsan Orkid Jamilah

“Jika mahu bercerita tentang penglibatan saya dalam sukan luncur udara ini, ia sebenarnya bermula apabila saya dapat peluang belajar membawa pesawat ringan ketika terlibat dengan Kelab Rekreasi Udara di Segamat, Johor sebelum tahun 2000.

“Program ini ditaja  Kementerian Belia dan Sukan di bawah program rakan muda. Ketika itu saya belajar bawa pesawat ringan jenis zodiac dan rans dgn Royal Selangor Flying Club. Saya berjaya mendapat student pilot licence, tetapi tidak meneruskan pembelajaran untuk dapatkan commercial pilot license.

“Semenjak itu, kecintaan saya terhadap sukan udara ini semakin mendalam. Saya pernah terfikir untuk mencuba sukan payung terjun, sukan paramotor, tetapi akhirnya jauh terjebak dengan sukan paragliding kerana ia lebih mudah dan murah. Saya buat inisiatif sendiri untuk mempelajari tentang paragliding,” katannya.

Pada tahun 2000, Orkid mengembara secara solo ke United Kingdom selama dua bulan untuk menimba pengalaman. Waktu itu dia melihat sendiri bagaimana komuniti sukan udara paramotor, paragliding, hang gliding, dan belon panas di sana menjalankan aktiviti lasak ini.  Malah, Orkid juga sempat ke Australia untuk terus mempelajari selok-belok sukan luncur udara.

Sepanjang proses dia mencari ilmu tentang sukan paragliding, Orkid mendedahkan bukan sekali dua dia diperlekehkan golongan lelaki yang menganggap kaum wanita tidak sesuai melibatkan diri dalam sukan lasak itu.

Orkid mendedahkan bukan sekali dua dia diperlekehkan golongan lelaki yang menganggap kaum wanita tidak sesuai melibatkan diri dalam sukan lasak ini - Gambar ihsan Orkid Jamilah
Orkid mendedahkan bukan sekali dua dia diperlekehkan golongan lelaki yang menganggap kaum wanita tidak sesuai melibatkan diri dalam sukan lasak ini - Gambar ihsan Orkid Jamilah

Namun, dia kuatkan semangat dan tidak mengendahkan pandangan negatif. Minatnya pada sukan paragliding mengatasi segala halangan. Apabila berada di udara dan terpesona dengan pemandangan alam yang menakjubkan, dia nekad mahu memperkenalkan sukan ini kepada rakyat Malaysia.

“Tak kenal maka tak cinta. Sebab itulah saya mahu perkenalkan sukan udara ini kepada rakyat Malaysia. Saya mahu semua individu berpeluang menikmati keindahan dari atas sana seperti yang telah saya saksikan.

“Indahnya ciptaan Tuhan, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Sebagai pembuka jalan, saya dengan sokongan beberapa kenalan menubuhkan Persatuan Luncur Udara Malaysia pada 2001.

“Saya berjaya yakinkan pihak-pihak terbabit kerana objektif penubuhannya untuk bantu usaha Kementerian Belia dan Sukan membangun dan memperkenalkan sukan paragliding dan hang gliding di Malaysia,” katanya lagi.

Menurut Orkid lagi, pada awal-awal dahulu, persatuan merekalah itu yang sanggup mendaki Bukit Broga untuk ‘terbang’.

“Namun, dalam masa yang sama, kami juga cari lokasi lain yang lebih sesuai kerana perjalanan ke puncak Bukit Broga agak memenatkan kerana perlu berjalan kaki. Jadi, untuk pastikan sukan paragliding ini terus berkembang, kami kena cari tempat yang lebih mudah diakses.

“Dipendekkan cerita, kami akhirnya pilih Bukit Jugra kerana selain dia menjanjikan pemandangan indah, ia juga boleh diakses dengan menaiki kenderaan. Banyak kertas kerja yang perlu dilakukan untuk dapat kebenaran beroperasi di sana, tetapi semuanya berbaloi.

“Dek susah-payah itu, lihatlah Bukit Jugra sekarang ini, meriah dengan sukan paragliding dan kerana semakin popular, beberapa lokasi terjun lain turut dibuka seperti di Terengganu, Sabah dan Kuala Kubu Bharu,” ujar Orkid bangga. - Getaran, 3 Julai 2022

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Menggapai Awan Biru

2

TARA 2 tahun yang lalu

Pusing Keliling Malaysia, Banyak Lagi Tempat Menarik

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Ruang Angkasa Manggatal Gamit Peminat Luncur Udara

4

TARA 2 tahun yang lalu

Cabar Diri Atasi Gayat, Dorong Suzana Ceburi Sukan Luncur Udara

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok