Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menggapai Awan Biru

Getaran berpeluang mendekati komuniti penggemar alat kawalan radio udara yang bernama Air Rovers Bellatrix untuk mengetahui selok-belok hobi yang canggih ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Alat kawalan jauh radio pesawat udara atau ‘RC Udara’ merupakan sebuah permainan dan boleh juga dianggap sukan rekreasi udara yang telah wujud sejak tahun 80-an. 

Ia adalah salah satu aktiviti yang mempunyai kelompok peminatnya tersendiri dan alatannya memiliki pelbagai jenis dan bentuk. 

Dahulu, peranti ini menggabungkan penggunaan bahan bakar seperti minyak dan alat elektronik untuk menghidupkan kenderaan penerbangan tersebut. 

Kini dengan kemajuan teknologi yang ada, ia boleh dikawal dengan pelbagai sistem sokongan elektrik serta elektronik. 

Getaran berpeluang mewawancara seorang ahli badan beruniform pengakap udara Air Rovers Bellatrix dalam masa yang sama sedang bergiat aktif sebagai Setiausaha Kelab Ulu Klang Radio Control Club (UKRCC), Farhanudin Abdul Razak, 34, di lapangan terbang RC Presint 20, Putrajaya, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti ini.

Secara amnya, terdapat tiga jenis model pesawat kawalan jauh yang wujud pada zaman ini iaitu dron, kapal terbang dan helikopter. 

Setiap individu yang sudah mempunyai kemahiran untuk menerbangkan pesawat akan digelar juruterbang RC mengikut pesawat yang dipandu menggunakan alat kawalan jauh.


Farhanudin merupakan salah seorang juruterbang RC yang lebih cenderung ke arah penerbangan dron. 

Dia yang sudah berkecimpung dalam aktiviti ini hampir lima tahun telah menerbangkan beberapa jenis dan saiz dron yang dipasangkan bersama sistem kamera dengan tujuan-tujuan tertentu. 

Ini termasuk dron mikro (ruang dalaman tertutup), sinematik (rakaman video atau filem), perlumbaan dan gaya bebas. 

Kemahiran yang ada pada beliau membolehkannya diiktiraf sebagai seorang penguji dron yang sah untuk mendidik pengguna pesawat RC yang lain.

Beralih pula kepada pesawat jenis kapal terbang dan helikopter, ia terbahagi kepada dua iaitu 3D dan Scale

Bagi jenis Scale, ia merujuk kepada pesawat yang dibina mengikut spesifikasi, reka bentuk serta ciri-ciri seperti pesawat sebenar, cuma ia dihasilkan dalam skala yang lebih kecil. 

Malah terdapat sesetengah daripadanya mencipta pesawat yang berkonsepkan ketenteraan. 

Ini termasuklah cara ia berlepas, kendalian ketika di ruang udara dan semasa mendarat di landasan yang disediakan.

Manakala bagi pesawat jenis 3D pula, aksinya lebih lincah dan agresif di ruang udara serta pasti memukau mata yang menonton, khasnya pesawat jenis helikopter. 

Penulis sendiri terkesima dengan kemampuan pesawat tersebut yang sangat luar biasa.

Malah kadang-kala pergerakan yang dilakukan oleh salah seorang juruterbang Azlan Mukhtarizan yang hadir ketika penggambaran sangat luar biasa. 


Gambar: Azlan Mukhtarizan
Gambar: Azlan Mukhtarizan

Penulis sempat bertanya, apakah model permulaan RC udara yang disarankan buat individu yang ingin menyertai sukan ini. 

“Buat individu baharu yang berminat untuk menyertai sukan ini, kami seringkali menyarankan untuk bermula dengan dron mikro kerana ia lebih kecil, selamat dan mudah dikendalikan berbanding yang besar,” tambah Farhan.


“Tetapi percayalah selepas menguasai kemahiran dan mendapat feel semasa mengendalikan penerbangan, tiba masa anda akan bertukar kepada saiz dan jenis pesawat yang lebih besar. Sehinggakan pada satu tahap, anda akan merasai pengalaman seperti duduk dalam kokpit pesawat yang sebenar.

Setiap jenis aktiviti yang dijalankan, faktor keselamatan pasti menjadi keutamaan. Justeru itu, terdapat juga undang-undang asas di dalam RC Udara ini yang sentiasa diterapkan kepada setiap ahli.

Antaranya ialah dari segi had ketinggian dan jarak penerbangan. Setiap juruterbang perlu memastikan penerbangan pesawat mereka tidak lebih daripada 400 meter kehadapan dan di bawah had ketinggian maksimum iaitu 120 meter. Dalam erti kata lain, sejauh mata memandang. Perlu diingatkan juga, pesawat itu tidak dibenarkan terbang di atas kumpulan orang ramai dan mengganggu laluan udara.

Namun jika ia mempunyai tujuan tertentu seperti tinjauan kawasan, kelulusan permit diperlukan. 

Pesawat tersebut haruslah diterbangkan tanpa memasangkan sebarang alat sokongan seperti binokular.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa ini merupakan sebuah “hobi mahal” dan hanya untuk golongan tertentu sahaja. 

Namun perkara yang paling penting ditekankan oleh Farhanudin ialah ‘ukur baju di badan sendiri’. 

Tidak salah untuk bermula dengan model yang lebih kecil terlebih dahulu. Kemudian secara perlahan-lahan menaik tarafkan pesawat tersebut. 

Tiada gunanya jika bermula dengan pesawat yang besar tetapi kemahiran mengendalikan masih di tahap yang rendah. 

Jika terhempas atau ‘crash’, pasti lebih besar kos yang perlu dikeluarkan.


“Jika kita lihat di pasaran, sudah terdapat pelbagai jenis jenama yang boleh diperolehi dengan mudah pada harga mampu milik serta selamat digunakan.

“Selain itu, keberadaan dan kecanggihan teknologi pada masa ini juga membantu untuk mengurangkan kos berbanding model 10 tahun yang lalu. Ini kerana ia lebih mahal dari segi komponen dan alat ganti yang perlu dibeli dari luar negara. 

“Kini sudah terdapat kilang pembuatan alat RC ini di Johor Bahru yang memudahkan para juruterbang RC mendapatkan barangan atau komponen yang diperlukan,” katanya lagi.

Farhan yang juga merupakan penguji peserta lencana RC Penerbang Pengakap Udara Daerah Bandar Tun Razak, turut menjadikan langkah keselamatan sebagai keutamaan. 

Sebelum melaksanakan pelepasan bagi setiap jenis penerbangan atau kejohanan, sesi percubaan perlu dimulakan terlebih dahulu. 

Jarak antara juruterbang dan pesawat yang telah ditetapkan juga wajib dipatuhi.


“Setiap perkara kecil perlu diteliti. Jika kedengaran sedikit bunyi yang janggal pada pesawat ketika diterbangkan, ia perlu dihentikan serta-merta untuk membuat pemeriksaan. 

“Sekecil skru pun jika tertanggal boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan. Begitulah pentingnya keselamatan pesawat RC udara ini," ujarnya.

Oleh sebab itulah penubuhan komuniti yang ada di Malaysia seperti Kelab Aeromodeller Malaysia, Malaysia Unmanned Drones Activist Society (Badan bukan berkanun), Air Rovers Bellatrix dan banyak lagi dilaksanakan bagi memberi bimbingan untuk menerapkan aktiviti penerbangan yang sihat terutamanya kepada golongan muda.

Mustahil untuk mengatakan tiada cabaran yang besar dilalui oleh komuniti atau persatuan RC udara dalam membentuk dan membangunkan kemajuan teknologi ini.

Namun masalah utama yang dihadapi ialah mempunyai lokasi atau landasan yang khusus untuk menjalankan aktiviti ini. 

“Saya berharap agar pihak tertentu dapat memberi peluang dan mengemukakan cadangan untuk mewujudkan beberapa kawasan yang lebih strategik dan efektif. 

“Ini bagi menggalakkan orang ramai terutamanya generasi muda untuk menimbulkan minat mereka berkecimpung dalam sukan ini,” katanya mengakhiri perbualan.

Secara peribadi, penulis merasakan aktiviti ini adalah salah satu kegunaan teknologi yang berguna untuk masa depan. Tambahan pula, aktiviti ini dapat memberikan satu bentuk sokongan dalam meningkatkan lebih ramai individu yang berkecimpung dalam dunia sains dan teknologi.

Hobi atau persatuan RC udara perlu diketengahkan dan dipertingkatkan kerana kemahiran untuk mengendali pesawat tersebut dapat memberikan kemajuan terhadap kebanyakan industri yang ada di dalam negara. - Getaran, 28 Mei 2022

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Ahli Kelab Air Rovers Bellatrix

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Penyelaras : Izwan Ramlan

Suntingan Teks : Shah Shamshiri

Jurugambar : Abd Razak Latif

Juruvideo & Suntingan Video : Mustaffa Kamal Ramli

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi: Landasan RC Presint 20 Putrajaya (Kelab Aeromodelling Putrajaya)

(Sekalung penghargaan buat En. Farhanudin Abdul Razak dan Azlan Mukhtarizan) 

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Mana Satu Yang Betul Ni

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Jangan Cemas Jika Lihat Pesawat ATM Terbang Rendah - ATM

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini