web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Hidangan ‘Dari Ladang Ke Meja’ Di Taman Eco Ponies Brunei Darussalam

Nikmati makanan lazat dan unik hasil tumbuh-tumbuhan yang dipetik segar dari taman dan dimasak terus di Taman Eco Ponies di daerah Tutong, Brunei Darussalam.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 11:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah tempat menarik yang perlu dikunjungi di negara Brunei Darussalam ialah Taman Eco Ponies yang terletak di daerah Tutong. 

Taman ini mula beroperasi pada Mac 2015 dan sentiasa mengalu-alukan pengunjung atau orang ramai untuk menikmati suasana kampung dan merasakan pengalaman menikmati makanan yang berkonsepkan dari ‘Farm to Table’ (Dari Ladang ke Meja).

Menurut Pengasas Taman Eco Ponies, Eyun Ukoi, baru-baru ini, mereka telah melaksanakan satu projek baharu iaitu ‘Plug Backyard Garden’ di bawah perusahaan Ukoi bin Gunjil dan anak-anak.

Persekitaran Taman Eco Ponies yang juga terdapat tanaman herba
Persekitaran Taman Eco Ponies yang juga terdapat tanaman herba

Melalui projek tersebut, mereka membawa konsep ‘Grow on your Own Food’ iaitu menggunakan tumbuhan makanan yang ditanam sebagai bahan masakan atau makanan.

Projek tersebut diketuai oleh Dayang Rohani binti Mohd Idris. Pada masa ini, Dayang Rohani mengambil idea untuk membuat masakan sihat hasil dari tanamannya. Antara resipi yang pernah dihidangkan ialah Kelapa Bakar Serai Aceh dan Krispy Bunga Telang.

Dayang Rohani menjelaskan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan Kelapa Bakar Serai Aceh dan Bunga Telang adalah hasil daripada kebunnya. Selain menghidang makanan ladang yang unik, makanan dan minuman tersebut juga mempunyai khasiatnya tersendiri. 

Dayang Rohani membakar kelapa bersama Serai Aceh. Semua bahan didapati dari kebun
Dayang Rohani membakar kelapa bersama Serai Aceh. Semua bahan didapati dari kebun

Adapun projek tersebut dijalankan adalah untuk membantu para peladang menjadi peladang yang lebih berdikari. Selain bercucuk tanam, mereka juga dapat mempelbagaikan hasil tanaman mereka dengan memasaknya, jelas Pengasas Taman Eco Ponies, Eyun Ukoi.

Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati beberapa makanan unik hasil daripada masakan komuniti orang kampung yang tinggal di sekitar di taman tersebut.

Antara pernah yang dihidangkan di taman tersebut ialah Udang Tumis Durian Putih, Ayam Serai, Putri Mandi Bunga Telang, Bidasari Meal Set dan beberapa makanan utamanya seperti Nasi Bunga Telang, Nasi Lemak Bunga Rosella dan Nasi Lemak Buah Sulang.

Bidasari Meal Set
Bidasari Meal Set
Ayam Serai
Ayam Serai

Semasa penulis berkunjung di sana, beberapa pelawat atau pengunjung amat berpuas hati dengan makanan sihat yang dihidangkan.

Untuk menikmati makanan di Taman Eco Ponies, para pengunjung boleh memilih daripada pakej yang disediakan. Untuk mengelakkan pembaziran, para pelawat atau pengunjung perlulah menempah awal.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti Instagram @eco_poniesgarden. - Getaran, 18 Julai 2021

Pengunjung menikmati makanan dan minuman di Taman Eco Ponies
Pengunjung menikmati makanan dan minuman di Taman Eco Ponies
Udang Tumis Durian Putih, antara makanan yang pernah dihidangkan di Taman Eco Ponies
Udang Tumis Durian Putih, antara makanan yang pernah dihidangkan di Taman Eco Ponies
Krispy Bunga Telang
Krispy Bunga Telang

Semua gambar: Normazlina MD

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Diterjemah Ke Empat Lagi Bahasa Termasuk Tamil

2

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Bersama Rizal Rasid

3

TARA 4 tahun yang lalu

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

4

Brunei 4 tahun yang lalu

"Di Brunei, Berlakon Hanya Kerja Sambilan" – Imelda Farah Zohre

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad