Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

Penyanyi berbakat besar ini berbicara tentang kesihatan mental di kalangan 'millennial' dan kesejahteraan Brunei kala pandemik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 9:01AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebenarnya penulis telah lama mengenali sosok yang bernama Rizal Rasid ini. Sejak wabak COVID-19 membadai seluruh dunia, penulis terputus hubungan dengannya. Namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan, walaupun berjauhan berkat teknologi kami bertemu kembali.

“Hai Rizal!” sapa penulis teruja.

“Hai Zaidi! Lamanya kita tak berborak,” balas Rizal di sebalik layar komputer ribanya.

Temu ramah kali ini dijalankan sepenuhnya menerusi Google Meet. Mahu tak mahu, kita harus menerima hakikat beberapa norma baharu dalam kehidupan. Walaupun terpisah dek Laut China Selatan, kami masih mampu melakukan temu ramah ini. Senang juga teknologi ini, ya? 

Rizal pula tak berhenti tersenyum. Penyanyi berusia 26 tahun yang berasal dari Brunei Darussalam ini terkenal dengan lagu pertamanya, ‘Cukup’. Lagu inilah yang menempa nama Rizal di industri muzik, sehingga diangkat sebagai lagu tema sebuah drama tempatan. 

“‘Cukup’ menggambarkan sebuah perhubungan cinta yang tak menjadi kala kekasih hati sudah menjadi milik orang. Cukup. Enough. Sudah tidak tahan lagi menanggung gelora hati.

“Saya rasa semua orang pernah melalui fasa percintaan ini, membuatkan ia satu lagu nyanyian saya yang berjaya bukan hanya di Brunei, malah di Malaysia dan Singapura.

“Setelah kejayaan ‘Cukup’, saya dilamar oleh Warner Music Malaysia. Sudah dua tahun saya bernaung di bawah syarikat rakaman ini. Mungkin pihak pengurusan melihat sesuatu yang unik pada lagu ini atau mungkin mereka memandang potensi diri saya,” tawa mantan pramugara itu.

 

Dari awan biru ke puncak impian

Mengenali Rizal, penulis tahu benar dengan keperibadiannya. Orangnya tenang. Suka bergurau dan selalu merendah diri. Penulis mengenalinya jauh sebelum dia bergelar penyanyi lagi. Rizal merupakan mantan pramugara Royal Brunei Airlines.

Sanggup melepaskan awan biru, Rizal nekad terbang ke dunia seni. Apakah yang membuat dia berubah hati?

Seraya Rizal menjawab, “Sedari kecil saya memang suka menyanyi. Setelah melangkah masuk ke zaman universiti, barulah saya terfikir untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian. 

“Pencapaian terbesar saya sebagai penyanyi apabila ‘Cukup’ mencapai jutaan tontonan di YouTube. Jujurnya di Brunei memang sukar untuk seorang penyanyi mencapai jumlah tontonan sebesar itu. Alhamdullilah, saya tidak sangka ‘Cukup’ mendapat sambutan yang hebat. 

“Jumlah tontonan lebih satu juta iaitu melebihi rakyat Brunei sendiri!” canda Rizal lagi.

Tambahnya, “Jika memandang dari segi bakat, bagi saya tiada beza. Tanpa memandang rendah bakat-bakat dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, bahkan Brunei sendiri, saya rasa semuanya mempunyai bakat-bakat istimewa dan tersendiri. 

“Bagi saya, apa yang membezakan semua negara serumpun ini adalah peluang. Seperti yang saya katakan, peluang di Brunei tidak besar. Pentas kami kecil. Satu-satunya cara kami ingin berkembang adalah dengan melebarkan sayap ke Malaysia atau Indonesia,” jelas Rizal. 

 

Tuah telaga minyak tak tumpah ke kolam seni

Benarlah kata-kata Rizal. Menjadi seorang penyanyi di Brunei tidaklah semudah yang disangka. Kolam seni suara di sana tidak seluas Malaysia dan Indonesia. 

“Saya rasa mindset industri hiburan di Brunei masih berfikir di dalam kotak kerana mereka seakan-akan takut untuk membawa bakat-bakat Brunei ke persada dunia. Peribadinya, saya teguh dengan pendirian saya yang Brunei memang ramai bakat seni.

“Saya melihat negara jiran kami, banyak melakukan rancangan kolaborasi bersama production antarabangsa. Misalnya, ‘I Can See Your Voice’ atau ‘Indonesian Idol’. Bagi saya itu satu pelaburan seni yang sangat baik. 

“Saya harap sekurang-kurangnya industri hiburan di sini menjalinkan hubungan dengan industri luar supaya orang seni dari Brunei lebih dikenali di dunia luar. Saya rasa jika diberi peluang, kami (artis Brunei) akan lebih bersinar dan berkembang bersama. 

“Apa yang terjadi di Brunei, hanya kekal di Brunei. Saya mahukan apa yang kami ada, juga dipersembahkan ke seluruh dunia. Seperti saya mula-mula menyanyikan lagu-lagu cover secara dalam talian di SoundCloud dan YouTube sejak saya berusia 18 tahun.

“Dari situ, mereka nampak bakat nyanyian saya. Saya diundang ke radio dan stesen televisyen tempatan. Kemudian, barulah saya dilamar Warner Music Malaysia. 

“Saya sempat menumpang kasih di Malaysia sebelum terpaksa pulang ke Brunei awal tahun lalu,” imbas Rizal mengenang kembali saat-saat pandemik mula melanda dunia.

 

Cereka pandemik Brunei Darussalam

Kehidupan di Bandar Seri Begawan jauh lebih tenang berbanding di Kuala Lumpur. Sejujurnya, Rizal mengakui mengalami kejutan budaya ketika pertama kali menjejakkan kaki di ibu kota Malaysia. Rizal melihat kelangsungan kehidupan di antara kedua negara memang berbeza.

Namun segala-galanya berubah ketika wabak COVID-19 membadai, bukan hanya Malaysia dan Brunei, malah seluruh dunia. Takdir Rizal berubah 180 darjah. 

“Sepatutnya saya berada di Malaysia sekarang. Dek COVID-19, saya sempat lockdown di rumah KL. Kehidupan saya di Brunei masih berjalan seperti biasa kerana kami sedang berada di fasa separa berkurung. Kami masih boleh keluar melakukan aktiviti harian tetapi dengan SOP ketat. 

“Sekarang, saya sedang sibuk melakukan kerja-kerja sukarelawan di Pusat Rawatan COVID atau kami panggil sebagai COVID Holding Area (CHA). Takut itu memang ada. Tipulah tak takut tapi saya pasang niat memang mahu membantu barisan hadapan dan rakyat Brunei yang terjangkiti. 

“CHA ini terbahagi kepada dua zon. Zon hijau dan zon merah. Pesakit COVID-19 ditempatkan di zon merah dan kami, sukarelawan berada di zon hijau. Hanya pihak askar dan Kementerian Kesihatan Brunei sahaja yang dibenarkan memasuki zon merah.

“Tugas kami sebagai sukarelawan ialah menyampaikan segala macam barang keperluan ke zon merah. Barang-barang keperluan asas seperti baju, makanan, barangan mandian dan ubat-ubat yang dihantar oleh keluarga pesakit perlu disaring oleh kami terlebih dahulu. 

“Barang-barang seperti arak, rokok dan dadah dilarang sama sekali,” jelasnya tak berhenti kalimah.

 

Tentang kesejahteraan mental

Melihat kepada situasi pandemik ini, tidak hairanlah jika ia mengganggu fikiran ramai. Kesan terhadap kesihatan mental kala pandemik ini bukanlah suatu isu tabu yang hilang secara tiba-tiba dari pengetahuan masyarakat amnya. 

Malu untuk berkongsi perasaan. Bila anda memendam emosi, itulah yang akan membinasakan akal fikiran. Ia sesuatu yang tidak sihat. Kita harus berkongsi dan terus bercakap tentang topik kesihatan mental ini. Kita tidak boleh duduk ‘keras’ dan mendiam sahaja.

Penulis menyedari, Rizal pernah memuat naik hantaran di Instagramnya, dia sedang menangis. Dengan tanda pagar #MentalHealthMatters, Rizal secara berani mengajak pengikut dan peminatnya untuk meluahkan perasaan mereka. 

Sebagai figura awam, lagi-lagi seorang penyanyi lelaki, tindakan Rizal itu layak diberikan tepukan. Bukan senang untuk mengakui kita sedang mengalami gangguan emosi dan mental. Hanya yang kuat, mampu memperlihatkan sisi rentan (vulnerable) mereka. 

Rizal menyambut baik penyataan ini, “Sebenarnya, saya mengalami gangguan mental semasa saya baru pulang dari Malaysia ke Brunei. Segalanya berubah. Perancangan tergendala. Balik ke Brunei, I’m jobless. Bayangkan, saya tidak punya apa-apa. 

“Saya cuba memohon kerja di mana-mana. Akhirnya, rezeki saya diterima bekerja di pelantar minyak. Mungkin orang-orang akan berkata gaji tinggi, kerja hebat. Namun saya tidak terfikir langsung tentang itu. Semasa berada di lautan terbuka itu saya berasa ‘sesat’. I don't belong there

“Pekerjaan ini bukan jiwa saya. Rasanya seperti dalam penjara. Jauh dari keluarga. Ia sedikit sebanyak mengganggu mental saya. Hampir setiap hari saya menangis,” akuinya.

Rizal turut berpesan kita harus menyedari tidak semua perkara buruk terjadi itu tiada hikmahnya. Cuba belajar untuk melihat perkara baik di sebalik bahana tersebut.

“Bagi saya, jika hati berkata tidak mahu, janganlah dipaksa. Gaji tinggi, pekerjaan prestij belum tentu menjamin kesejahteraan mental anda. Kesihatan mental haruslah dijaga dengan sebaik mungkin. Lagi-lagi kita sebagai lelaki, memang saya tahu kita semua ego.

“Jika kita berkongsi dengan orang yang boleh kita percaya, percayalah bebanan yang ditanggung itu akan berkurangan. Jika kita berani melakukan itu, ia akan berputik hasil yang membebaskan. So yeah, just ask for help and don't be shy about it,” ucapnya dengan mata yang berkaca.

Tambahnya, “Harapan saya terhadap situasi COVID-19 di Brunei agar kita kembali seperti sediakala. Jika kita mampu menghapuskan rantaian COVID-19 pada gelombang pertama, saya yakin kita juga mampu menghadapi gelombang kedua ini. I still believe we can fight this together.

“Untuk semua rakyat Brunei dan untuk mereka yang berseorangan menghadapi gangguan mental sepanjang pandemik ini, mohon bawa banyak bersabar. Saya hanya mampu nasihat dan berkata kesihatan mental amat penting.

“Kita harus mengenali diri kita sendiri dan menjaga kesejahteraan mental dan fizikal agar bebas daripada belenggu kemurungan. Ingatlah, keluarga adalah punca utama kebahagiaan. Meluangkan masa bersama keluarga juga dapat membantu kesihatan mental anda.

“Akhir kata, jika anda perlukan bantuan, jangan segan untuk bertanya. If you need help, just seek for help,” senyumnya menutup bicara. 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Rizal Rasid

Pengarang Urusan : M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Zaidi Che

Suntingan Teks:  Ili Farhana

Penata Gaya : Andhika

Busana  : Versace dan Xoia

Solekan & Dandanan : Farisha Rasid

Jurugambar : Malik Razak

Juruvideo : Afrina Rasid

Penyunting Video : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi :  Kediaman Rizal Rasid, Brunei Darussalam 

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini