web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjuangan Saya Sebagai Ahli Silap Mata Di Brunei - Azmy Marzuki

Minggu ini kami kongsikan kisah seorang pelukis di sebuah firma seni bina di Brunei yang kini mula mencipta nama sebagai seorang ahli silap mata.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 10:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi seorang ahli silap mata jelas sekali bukanlah satu kerjaya yang sering kita dengar.

Apatah lagi di sebuah negara kecil seperti Brunei Darussalam. Namun itu tidak bermakna mereka yang berkecimpung dalam bidang ini tidak wujud.

Sebagai salah satu kerjaya yang lahir dari cabang seni, hanya beberapa orang sahaja yang berani cuba menjadikan silap mata sebagai mata pencarian sampingan.

Ini termasuklah seorang jejaka bernama Mohammad Zul Azmee Marzuki atau lebih dikenali sebagai Azmy Marzuki yang mula menceburi seni silap mata sejak tahun 2007. 

Apa yang lebih menarik adalah Azmy sebenarnya seorang yang pemalu. Malah, sebilangan orang mungkin beranggapan sikap pemalu yang sudah terbiasa sejak kecil akan terbawa-bawa sehingga dewasa. 

Namun berbeza dengan Azmy, apabila sikap pemalunya berubah dan cintanya pada seni itu membuat dirinya menjadi seorang penghibur lewat seni silap mata. Bahkan, hobinya itu kini menjadi sumber mata pencariannya.

Selain daripada minat yang mendalam sejak kecil kepada seni silap mata, dia sebenarnya memendam cita-cita untuk menjadi seorang penghibur. 

Memandangkan dia tidak mempunyai keyakinan dan bakat seorang penyanyi atau pelakon, justeru, bidang silap mata yang menjadi pilihannya.

Menurutnya lagi bidang tersebut sesuatu yang langka di Brunei Darussalam, dia melihat terdapat satu kelebihan atau wow factor yang menarik orang ramai untuk menyaksikan persembahan silap mata.

Azmy masih ingat bahawa persembahan pertama yang dibuat adalah ketika masih di bangku sekolah lagi. Manakala kali pertama dia membuat persembahan di khalayak ramai adalah ketika diundang ke salah sebuah show room untuk satu acara pameran kereta. 

Dia juga turut diundang ke pembukaan sebuah sekolah tadika untuk membuat persembahan bagi anak-anak yang baru mendaftar di sekolah.

Kemahirannya menghiburkan penonton dengan aksi menakjubkan menjadikannya dikenali dalam kalangan para peminat seni silap mata tempatan. 

Pada awal penglibatannya, belia ini mengakui mempunyai banyak kelemahan memandangkan hanya mempelajari berbagai teknik silap mata dari rancangan televisyen dan buku-buku.

‘’Segala komen dan kritikan dari penonton membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperjuangkan apa yang saya lakukan selama ini,’’ katanya. 

‘’Pemikiran kreatif dan usaha gigih jika digabungkan boleh menghasilkan impak positif,’’ tambahnya lagi.

Sebagai seorang pelukis di sebuah firma seni bina, Azmi Marzuki juga mengakui sudah 'lali' dengan cabaran. 

Walaupun mempunyai pekerjaan tetap di firma tersebut, namun, menjadi penghibur ahli silap mata masih tetap giat dilakukan, bukan hanya untuk mencari pendapatan lebih tetapi untuk melatih dirinya agar lebih berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai.

Dengan mengenakan caj sebanyak B$250.00 untuk satu persembahan biasa, hasil yang diperolehi mampu melebihi pendapatannya sebagai petugas di firma arkitek berkat undangan persembahan yang kerap.

Menurutnya, melakukan sesuatu yang diminati dan mendapat faedah daripadanya adalah lebih baik dari menghabiskan masa tanpa memperolehi apa-apa daripadanya.  

Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakannya juga adalah motivasi utama selain kunci kejayaanya. Azmy turut berharap agar dirinya akan menjadi idola untuk anaknya satu hari nanti.

Kegigihan yang ditunjukkan oleh belia ini wajar dicontohi oleh para belia lain di luar sana. “Jangan takut untuk mencuba, apa yang penting, manfaatkan setiap peluang yang ada untuk memajukan diri sehingga berjaya,” dia menambah.

Kini, sepanjang bergelar penghibur silap mata Azmy sudah menunjukkan aneka persembahan yang unik dan helah terbaharu sehingga kerap menerima pelbagai undangan untuk membuat persembahan.

Antara undangan yang diterima adalah daripada para peminatnya tersendiri yang terdiri daripada masyarakat pelbagai lapisan umur, baik kanak-kanak mahupun dewasa.

Kelebihannya dalam menjadi penghibur silap mata juga ada mendapat perhatian dari peminat luar negara. Semoga cintanya kepada seni unik ini akan berkembang seiring waktu dan membawanya lebih jauh dari Brunei satu hari nanti. - Getaran, 4 Julai 2021

Gambar:  Azmi Marzuki/Azizi Ahmad

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar