web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tamu Tutong, Pasar Unik Di Brunei Darussalam

Apa yang ada di Tamu Tutong di Brunei Darussalam? Kami kongsikan untuk pengetahuan anda yang belum pernah ke sana.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 8:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daerah Tutong merupakan daerah kedua terbesar di Negara Brunei Darussalam. Banyak tempat menarik yang perlu dikunjungi di daerah Tutong dan antara tempat yang sentiasa dipenuhi ramai orang ialah Kompleks Pasarneka dan ‘Tamu Tutong’ yang berada di Kampong Serambangun Tutong. 

Di Brunei, kompleks ini lebih dikenali sebagai ‘Tamu Tutong.’ Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong ini hanya diadakan pada setiap hari Khamis dan mula dibuka seawal jam lima pagi.

Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong yang terletak di Kampong Serambangun, Tutong
Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong yang terletak di Kampong Serambangun, Tutong

Tamu Tutong ini sentiasa dipenuhi orang ramai. Apa yang menariknya berkunjung ke Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong ini ialah terdapat pelbagai barangan seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar, bunga-bungaan, ikan, ayam dan daging segar yang dijual.

Selain itu, tamu ini juga mempunyai tempat kawasan gerai makan yang boleh dikunjungi orang ramai pada bila-bila masa.

Keadaan kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong
Keadaan kawasan Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong

Kira-kira seramai 200 lebih pengusaha termasuklah warga emas ikut menjual di Tamu Tutong. Salah seorang pengusaha warga emas berusia 97 tahun, Hajah Haya, sering kali ikut saudaranya berjual di Tamu Tutong.

Hajah Haya menjelaskan biarpun usianya semakin lanjut tetapi dia sangat berpuas hati berjual hasil dari tanam-tanamannya seperti pisang, halia, sayur bagu dan serai. Selain selamat untuk dimakan, berjualan juga dapat memberikannya sedikit pendapatan, katanya.

Hajah Haya, 97 tahun. Salah seorang peniaga warga emas di Tamu Tutong
Hajah Haya, 97 tahun. Salah seorang peniaga warga emas di Tamu Tutong

Sementara salah seorang pengunjung, Mohd Fadzillah menjelaskan suka berkunjung ke Tamu Tutong kerana banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar hasil daripada tanaman orang Brunei sendiri.

“Barang yang dijual tidak meragukan. Kami sebagai pengunjung tahu kami pasti membeli barangan yang sudah tentunya halal dan dipercayai,” jelas Mohd Fadzillah lagi.

Kompleks Pasarneka juga terdapat mengumpulkan pengusaha berjual bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan
Kompleks Pasarneka juga terdapat mengumpulkan pengusaha berjual bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan

Selain itu, kompleks tersebut juga mempunyai satu tempat bagi ‘Tamu Mingguan Satu Kampung Satu Produk (1K1P)’.

Tamu Mingguan 1K1P adalah sebagai inisiatif mempromosikan produk-produk orang kampung dari Daerah Tutong, Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait. Tamu Mingguan 1K1P baru sahaja dilancarkan pada bulan September tahun lalu. 

Tamu Tutong sering kali menjadi tumpuan lawatan para pelancong di negara ini. Walaupun wabak COVID-19 menyebabkan ketiadaan pelancong di Brunei, ia tidak mengurangkan jumlah pengunjung di Tamu Tutong.

Dengan keadaan yang terkawal, penduduk dan masyarakat di Brunei Darussalam sering berkunjung dan membeli-belah di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong pada setiap Hari Khamis. - Getaran, 27 Jun 2021

Isu Pada

Nurul Shamsul - Citra Perempuan Melawan

26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad