web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reyn HM Mempelbagaikan Penggunaan Kain Songket Dalam Rekaan

Pereka fesyen Brunei Darussalam, Reyn HM, mempelbagaikan penggunaan kain songket dalam rekaannya, dari busana pakaian pengantin hingga ke pelitup muka.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 11:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah seorang pereka fesyen busana pengantin yang terkenal di Brunei Darussalam, Reyn HM telah mempelbagaikan penggunaan kain songket, dari busana pengantin ke penggunaan pelitup Muka (face masks).

Reyn merupakan pemilik Reyn Hm Bridal Boutique.

Sejak gelombang kedua penularan wabak COVID-19 melanda Brunei, semakin banyak jenis pelitup muka telah dibuat di negara ini.

Reyn HM juga tidak ketinggalan untuk membuat pelitup muka dengan pelbagai jenis warna dan corak songket.

Reyn HM
Reyn HM

Selain menggunakan kain songket, dia juga membuat pelitup muka dengan fabrik dan material lain seperti kain renda, satin, corak celoreng dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, pelitup muka songket telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ia kelihatan lebih elegan dan nampaknya orang Brunei masih lagi minat dengan kain songket penuh tradisi ini.

Di Brunei, banyak bakal pengantin telah membuat tempahan pakaian pengantin di Reyn Hm Bridal Boutique.

Menurut Reyn, lebih 200 helai baju pengantin telah direkanya dalam setahun. Majoriti bakal pengantin memilih kain songket. 

Antara artis terkenal Brunei, Dila Junaidi yang menggayakan kain songket busana pengantin Reyn HM
Antara artis terkenal Brunei, Dila Junaidi yang menggayakan kain songket busana pengantin Reyn HM

Reyn tidak menyangka hasil rekaannya diminati bakal pengantin di Brunei kerana sebelum ini Reyn memulakan kerjayanya sebagai jururias (makeup artist) pengantin.

Pada tahun 2005, Reyn telah menjinakkan diri mereka busana atau pakaian pengantin.

Dia telah mempelajari kemahiran rekaan pakaian dan seterusnya belajar bagaimana menempah kain, belajar mengukur, menjahit dan banyak lagi.

Walaupun sudah lama bergiat dalam bidang rekaan pakaian pengantin, Reyn akui masih lagi belajar dan dia amat fokus untuk membuat pakaian pengantin demi kepuasan pelanggannya.

Antara baju pengantin yang direka oleh Reyn HM
Antara baju pengantin yang direka oleh Reyn HM

Dia kini diberi kepercayaan yang mendalam oleh ramai bakal pengantin termasuklah daripada golongan kaum kerabat Diraja Brunei, penyanyi negara seperti Putri Norizah, Dila Junaidi dan pengusaha negara, Ct Aleys.

Selain itu, Reyn juga diberi kepercayaan untuk membuat baju persembahan selebriti-selebriti negara. Untuk ini juga, kain songket masih lagi menjadi pilihan.

Untuk menjadi seorang pengusaha atau pereka fesyen, Reyn menasihati agar seseorang itu kuat, berani dan semangat dalam menjalankan perniagaan terutama pada musim pandemik yang mencabar ini.

Untuk melihat lebih dekat mengenai rekaan kain songket busana pengantin atau pelitup muka Reyn HM, orang ramai boleh ikutinya di Instagram dan Facebooknya. - Getaran, 2 Oktober, 2021

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

4

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

5

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

6

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad