web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tia Jinbara Meninggal Dunia

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 10:18PM

Allahyarham Tia meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Shah Alam. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia, meninggal dunia sebentar tadi ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Difahamkan, Allahyarham Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, meninggal dunia pada jam 9.17 malam tadi, akibat kanser hati.

Kematian Tia dimaklumkan isterinya, Suzan Ahmad yang juga bekas wartawan BH kepada teman rapatnya sebelum dilaporkan pihak media.

Sebelum ini, pelantun lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) ketika bersama kumpulan rock, Jinbara itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu minggu lalu selepas mengadu sakit perut yang melampau dan sukar bernafas.

Allahyarham disahkan menghidap kanser hati selepas pemeriksaan dijalankan terhadapnya termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan CT Scan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Klang dan akan dikebumikan pagi esok. – Getaran, 8 November, 2023

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar