web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Honda Malaysia Panggil Balik Tambahan 77,708 Kenderaan

Berita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 3:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan balik produk melibatkan tambahan 77,708 unit kenderaan bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Model yang terjejas adalah Accord (model tahun: 2018, 2019), BR-V (2018, 2020), City (2019), City (HEV) (2019), Civic (2018, 2019), CR-V (2019, 2020), HR-V (2018), HR-V (HEV) (2018), Jazz (2019, 2020) dan Jazz (HEV) (2019, 2020).

Model dengan unit yang paling terjejas terdiri daripada City (30,388 unit), CRV (11,224), Jazz (10,417), Civic (9,016), HRV (7,679) dan BR-V (7,118).

 “Syarikat percaya panggilan balik produk ini adalah perlu sebagai langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan kesukaran bagi menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti.

“Setakat hari ini, tiada sebarang nahas atau kecederaan berikutan isu ini di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penggantian pam bahan api yang terjejas disediakan secara percuma dan semua kos yang berkaitan dengan aktiviti penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia. Stok alat ganti boleh didapati secara berperingkat.

Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar Honda bertauliah dengan membuat temujanji berhubung penerimaan pemberitahuan bagi menggantikan pam bahan api, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

“Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang akan merangkumi butiran panggilan balik produk,” katanya.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka mengenai panggilan balik produk melalui aplikasi HondaTouch atau menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia 1-800-88-2020 atau masuk ke www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my.

“Honda Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kepada pelanggan yang terjejas dan meyakinkan bahawa semua model jualan semasanya tidak terjejas dalam panggilan balik produk ini,” katanya.

Syarikat itu berkata memandangkan keselamatan pelanggan adalah keutamaannya, ia akan terus berpegang kepada ketelusan dan kawalan yang ketat untuk pelanggan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Honda Malaysia Rancang Lancar 4 Model Baharu Pada 2023

2

Semasa 4 tahun yang lalu

3,725 Kenderaan Chevrolet, SAAB Di Malaysia Dipanggil Balik Bagi Penggantian Inflator Beg Udara

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad