web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DHL Express Umum Kenaikan Harga 4.9%, Mulai 1 Januari 2022

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 1:17PM

Pelarasan Harga Tahunan DHL Express Malaysia itu dibuat dengan mengambil kira inflasi dan kedinamikan mata wang serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DHL Express Malaysia akan menaikkan harga purata perkhidmatannya sebanyak 4.9 peratus, berkuat kuasa 1 Januari, 2022.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pelarasan harga tahunan itu mengambil kira inflasi dan kedinamikan mata wang serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

"Langkah-langkah ini dikemas kini secara berkala oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di setiap lebih daripada 220 negara dan wilayah yang mendapat perkhidmatan DHL Express," katanya.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata pelarasan harga tahunan ini membolehkan syarikat melabur dalam infrastruktur dan teknologinya untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan terbaik.

"Ini termasuk pesawat dan kenderaan canggih serta pengembangan hab dan gerbang kami untuk meningkatkan kapasiti kerana permintaan untuk pengiriman rentas sempadan perkhidmatan pantas terus meningkat," tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad