web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 3:34PM

Ikmal Zaidi Hashim - Tangkap layar video di Facebook Masjid Putra Putrajaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim membuat permohonan  maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Dalam satu satu kenyataan menerusi video berdurasi 1 minit 27 saat yang dimuat naik di laman Facebook Masjid Putra, Ikmal turut menjelaskan pihaknya akan memperbaiki keadaan, khususnya membabitkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid berkenaan.

Beliau turut memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video itu.

“Saya Imam Besar Masjid Putra, ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas reaksi saya yang dilihat agak keterlaluan berhubung penularan video Jumaat lalu.

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran berkenaan dan berazam akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai pelaksanaan SOP di Masjid Putra,” katanya.

Beliau juga mengajak semua jemaah Masjid Putra untuk meneruskan aktiviti pengimarahan solat Jumaat atau fardu dan program yang akan dianjurkan kelak di masjid tersebut.

Ikmal sebelum ini memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tular itu dan menegaskan, beliau tidak reda dengan penyebaran video berkenaan.

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video itu. - Getaran, 15 September 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad