web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat, Lembah Klang Dilanda Banjir Kilat, Pokok Tumbang

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2026 8:32PM

Banjir kilat yang melanda Jalan Ampang dan Meru, Klang petang tadi - Gambar orang awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi.

Fenomena itu sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas dan gangguan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur serta Selangor.

Menerusi aplikasi Threads, pengguna @tharsh.h berkongsi keadaan jalan di Ampang yang dinaiki air susulan hujan lebat.

“Satu Malaysia hujan ke? Ampang banjirrr,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @imalmast, turut memuat naik situasi sama di Meru, Klang. 

“1.00pm 8/5/26 area Meru. Nasib baik sempat turn on mode jetski kat Myvi aku tadi,” katanya, berseloroh.

Sementara itu, pengguna @shazwawan pula berkongsi keadaan banjir di Setia Alam.

“Setia Alam depan NSK air tengah naik, jangan u-turn sangkut banjir nanti, 8 Mei 1:35pm,” katanya.

Sebuah kereta turut rosak selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Gombak berhampiran Batu 10, susulan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Dalam satu hantaran di Threads oleh @asalgombak, pokok tumbang itu dilaporkan menghalang laluan trafik di kedua-dua arah.

“Ada info pokok tumbang dekat Batu 10 Jalan Gombak yang menghalang laluan kedua-dua arah. Waktu hujan lebat ni, sila rancang perjalanan anda sebaiknya,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan sehingga jam 1 tengah hari tadi.

Hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. 

Video kejadian boleh dilayari di https://www.facebook.com/share/r/1H4mt5Z9Ra/?mibextid=wwXIfr. - Getaran, 8 Mei 2026

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Lelaki Tular Serang Pemandu Myvi Tampil Beri Penjelasan

oleh Amirah Abu Bakar