Rakaman video memaparkan puluhan belut terkeluar dan terjatuh dari kotak ketika dimasukkan ke dalam kargo di lapangan terbang Vancouver menggemparkan warga maya kerana menyangka ia adalah ular.
Ramai menyamakannya seperti filem 'Snake On The Plane'.
Air Canada Cargo dalam kenyataannya berkata insiden berlaku ketika penghantaran dari Toronto ke Vancouver pada 7 Julai, apabila satu kotak mengandungi belut secara tidak sengaja tumpah semasa diturunkan. Bagaimanapun, kesemua belut berjaya dikumpul dan dibungkus semula. – Getaran, 12 Julai 2024
@getaranmy Siapa yang ada fobia, baik jangan tengok 😅 Video: aviationbrk #getaranmy #viral ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya