web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Bas Sekolah Maut Kereta Terperosok Bawah Lori

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 9:21PM

Tangkap layar kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang pemandu bas kilang maut selepas kereta dipandunya gagal mengelak sebuah lori lalu terperosok di bawah kenderaan berat itu pagi tadi.

Kejadian di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin, Melaka, menyebabkan mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin yang berusia 48 tahun meninggal di tempat kejadian.

Media yang memetik Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, melaporkan, ketika kejadian lori dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun datang dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala Lipat Kajang.

Beliau dilaporkan berkata, sebaik keluar dari simpang berdekatan kilang kaca itu, kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca dikatakan gagal mengelak lalu merempuh bahagian tengah treler terbabit.

Sementara itu, melalui satu rakaman video di tempat kejadian, kedengaran seorang wanita, dipercayai isteri mangsa menangis. – Getaran, 25 Mac 2024

@getaranmy Pemandu kereta maut tersepit bawah lori, kejadian berlaku di Jalan Elkay 4, Kawasan Perindustrian, Jasin, pagi tadi. Sayu hati dengar jeritan isteri arwah. Semoga ditempatkan di sisi orang beriman. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa