Sebuah kawasan tumpuan yang mempunyai kemudahan seperti bangku dan berturap sememangnya sesuatu yang dialu-alukan.
Apatah lagi jika kawasan itu seperti Pantai Tok Bali, yang menjadi pilihan warga Kelantan dan pelancong untuk beriadah di hujung minggu.
Namun, yang menyakitkan mata adalah sikap pengunjung yang tidak menghargai kemudahan disediakan dengan membuang sampah merata-rata.
Nak kata tong sampah tidak cukup, tetapi kenapa sampah sarap itu seperti ditinggalkan saja di tepi tembok.
Biarpun mungkin kemudahan tong sampah terhad, apa salahnya bawa pulang sampah berkenaan dan dibuang di tempat sepatutnya. – Getaran, 12 Mac 2024
@getaranmy Adakah ianya berpunca dari kemudahan yang tidak mencukupi atau sikap pengunjung? Bincangkan. Kredit video: Aienloyy OKU Fighter #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran