Luluh hati dua kanak-kanak apabila kediaman mereka hangus terbakar selepas dijilat api dalam kejadian pada Ahad lalu di Jalan Lahar Yooi, Sungai Dua, Pulau Pinang.
Kebakaran yang berlaku ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut Ramadan itu, sudah tentunya turut memusnahkan persiapan persekolahan kanak-kanak terbabit berikutan sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada Isnin.
Melalui satu video yang tular, kelihatan kedua-dua kanak-kanak berkenaan menangis teresak-esak melihat rumah kayu yang menjadi tempat berteduh terbakar.
Kebakaran berjaya dipadamkan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Bagan Ajam. – Getaran, 12 Mac 2024
@getaranmy Berat sungguh ujian keluarga ini menjelang Ramadan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kejadian berlaku pada petang Ahad. Dilaporkan PBS Bagan Ajam telah menghantar 2 jentera bomba dan 6 anggota untuk membantu memadam kebakaran itu. Video: paansam #getaranmy #kebakaran ♬ original sound - Getaran