Sikap sambil lewa dan tidak berhati-hati di jalan raya sememangnya selalu menyusahkan bukan saja diri sendiri malah orang lain.
Melalui satu video yang tular di media sosial, seorang pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi dilihat memasuki simpang secara melulu, dipercayai ketika sedang menggunakan telefon bimbit, dan melanggar motosikal yang berhenti di simpang berkenaan.
Mujur kereta berkenaan tidak dipandu laju dan tiada kecederaan berlaku.
Bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kerosakan kecil pada motosikal berkenaan. – Getaran, 7 Januari 2024
@getaranmy Terleka main telefon ataupun terlalu laju sampai bertembung dengan motosikal tu? Layari getaran.my untuk berita semasa dan info terkini. #getaranmy #semasa #myvi #perodua #trafficaccident ♬ original sound - Getaran