Dua penduduk dikatakan hampir maut selepas seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan di Kampung Puchong Tengah, Puchong.
Melalui satu klip video dipercayai dari kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis, kenderaan berkenaan dilihat dipandu laju dan melanggar sekurang-kurangnya tiga buah motosikal sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang diparkir di tepi jalan.
Bagaimanapun, tidak diketahui nasib pemandu berkenaan. – Getaran, 2 Januari 2024