Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila anaknya dipercayai dalam lingkungan usia dua ke tiga tahun tertekan butang 'lock' ketika beliau sedang mengisi angin ke dalam tayar kereta.
Menyedari kejadian itu orang ramai yang berada di lokasi cuba memberikan bantuan, termasuk seorang lelaki bangsa Cina yang berjaya membuka kereta itu.
Alhamdulillah, hasil bantuan semua pihak kereta bukan sahaja berjaya dibuka, kanak-kanak perempuan itu juga dilaporkan selamat.
Difahamkan anggota turut berada ketika kejadian itu berlaku, bagi memberikan bantuan. - Getaran, 11 Disember 2023
@getaranmy ???? ??? ?????, ???? ???? ?????? Mujur ada orang ramai tolong kalau tak, memang tak boleh bayang apa akan terjadi. Kejadian berlaku di Damansara Damai. #getaranmy #semasa #fyp #viral #pdrm ♬ original sound - Getaran