Sudah menjadi kebiasaan jika menjamu selera terutama di restoran makanan segera, pelanggan meninggalkan meja dalam keadaan kotor dan bekas makanan tidak dikemas.
Namun, dua pelanggan yang dikatakan warga Singapura mendapat pujian netizen selepas mereka bukan sahaja membersihkan meja yang mereka gunakan, malah turut mengambil bekas makanan yang ditinggalkan pelanggan lain.
Dalam rakaman video di kafe Kopi & Kueh di Port Dickson, pelanggan berkenaan turut menyorong kerusi yang mereka gunakan ke bawah meja sebelum membawa bekas makanan yang kotor ke kaunter.
Diharap sikap sebegini menjadi tauladan kepada pelanggan lain tidak kira tempatan mahu pun dari luar negara. – Getaran, 10 Disember 2023
@getaranmy Kan bagus kalau ramai lagi pelanggan macam ni ? Pelanggan tersebut merupakan pelancong dari Singapura yang singgah di kafe Kopi & Kueh, Port Dickson. Semoga pelanggan begini sentiasa dimurahkan rezeki. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending ♬ original sound - Getaran