Penutup 2023 pastinya menjadi saat ditunggu-tunggu kerana perayaan Krismas dan ambang Tahun Baharu 2024.
Turut merujakan apabila satu lagi mercu tanda dan pusat beli belah ternama ibu negara, dibuka baru-baru ini.
Pembukaan The Exchange TRX Mall yang mula beroperasi pada 29 November lalu, pastinya menjadi satu lagi destinasi penduduk sekitar Lembah Klang bersiar-siar dan membeli belah dengan tawaran pelbagai jenama antarabangsa yang beroperasi di dalamnya.
Pengunjung tidak perlu pening kepala berdepan lalu lintas Kuala Lumpur, sebaliknya boleh memilih menggunakan MRT dan turun di stesen TRX, yang lebih menjimatkan. – Getaran, 8 Disember 2023
@getaranmy The Exchange TRX Mall mula beroperasi pada 29 November lalu. Cara paling mudah untuk ke sini adalah dengan menggunakan MRT dan turun di stesen TRX. Cara ini lebih menjimatkan kerana caj parkir agak mahal. Terdapat lebih 400 jenama serta butik jenama terkenal dunia beroperasi di pusat membeli-belah ini . #getaranmy #theexchangetrxshoppingmall #shoppingmall ♬ original sound - Getaran