Gara-gara menggaji pendatang asing tanpa permit, sebuah restoran yang menyajikan hidangan Asia Barat di Bukit Bintang diserbu Jabatan Imigresen beberapa hari lalu.
Serbuan tersebut membuatkan premis dikenali sebagai Restoran Damascus itu sunyi sepi, sedangkan ia lazimnya padat dengan pelanggan yang sanggup beratur panjang.
Tidak dapat dipastikan apakah nasib restoran tersebut selepas ini kerana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. - Getaran, 6 Disember 2023.
@getaranmy Fuh, agak-agak sebab apa la ya? ? Kejadian berlaku malam tadi. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #damascus #bukitbintang ♬ original sound - Getaran